Wednesday, November 23, 2011

Noh Omar letak jawatan!!


PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR

KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti.


Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal? Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk? 


Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen? 


Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen.

Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun? Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor. 


Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai. Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu.

Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan. Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen. 


Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi. Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen. Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi. WFAUZDIN NS

Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal

SHAH ALAM, 22 NOV: "Noh Omar memang seorang yang pandai berpolitik berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kementerian beliau penuh dengan skandal yang membabitkan penyelewengan dana untuk golongan petani.

"Tan Sri Khalid pula bukan seorang yang pandai berpolitik sebaliknya jujur dan pandai mentadbir negeri dengan memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Selangor," kata Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Kenyataan Faekah tersebut ekoran kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan kerajaan negeri yang hanya akan membubarkan DUN Selangor sekiranya Pilihan Raya Umum dilakukan selepas Jun 2012.

Menurut Faekah,Noh gagal memahami prinsip utama pilihan raya dan amalan demokrasi.

"DUN Selangor mempunyai mandat sehingga Mac 2013 dan Kerajaan Pakatan mahu memaksimakan mandat yang diberikan rakyat agar Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada 2012. Justeru, YAB Dato Menteri Besar hanya mempertimbangkan pembubaran DUN selepas bun tahun depan." ujar beliau

Katanya jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Jun 2012, Selangor tiada masalah untuk menyertainya.

"Sukar sangatkah Noh memahami dua duduk perkara yang berbeza tersebut.

"Apa yang lebih penting ialah setidak-tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem demokrasi ketika menjadi pemerintah apabila dengan terbuka memaklumkan kepada rakyat dan semua parti politik akan kemungkinan tarikh pilihan raya negeri.

"Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang masih mengamalkan demokrasi pengecut bilamana tarikh pilihan raya hanya berada didalam saku Perdana Menteri dan mungkin isteri serta peramal profesionalnya." jelas Faekah.

Hari ini lebih 100 petani dan pesawah di Skinchan mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.
Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi. 

Noh Omar Pengkhianat..
SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.

Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.

Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.

" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.

Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.

Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.

Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.

"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.

Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.

Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.

"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.

"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau. - - WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...