Saturday, January 28, 2012

Rayuan pembunuh Altantuya ke mahkamah bulan depan

Rayuan dua pengawal peribadi dalam unit elit polis Malaysia yang dijatuhi hukuman mati dua tahun sembilan bulan lalu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, dijadual ke Mahkamah Rayuan bulan depan.

Rayuan itu akan dikemukakan untuk pengurusan kes di mana mahkamah akan menetapkan tarikh pendengarannya.

Dua pengawal peribadi tersebut ialah Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah dan Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi dalam unit polis elit yang diselia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

Ia terus menghantui Najib yang menjadi perdana menteri pada 2009 kerana penulis blog dan wartawan dari Perancis dan negara-negara lain terus mempersoalkan penglibatannya.

Turut dihadapkan ke mahkamah, tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri ialah kekasih Altantuya ketika itu - penganalisis politik, Abdul Razak Baginda - yang juga rakan karib Najib.
military malaysia navy french built submarine scorpene class
Altantuya berusia 28 tahun ketika itu dilaporkan terbabit dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia dan pajakan untuk yang ketiganya.

Altantuya dilaporkan menjadi penterjemah dalam pembelian tersebut, yang membabitkan wang pembayar cukai Malaysia sebanyak 1 bilion euro (AS$329.1 bilion mengikut nilai semasa dolar). - Asia Sentinel - Mkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...