Marina mahathir sound tv3 tepat pasal isu SM [Shortform seksualiti merdeka]. Katanya tv3 telah menfitnah SM dan ianya sangat keterlaluan. TV3 juga dicabar agar menyiarkan kecaman penuh marina mahathir terhadap tv3. Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh marina neh betul kali neh.
Kebetulan semalam aku ada nampak seseorang update isu neh di facebook dia. Dia pun fikir SM = seks bebas. Aku ada larh tulis SM bukan seks bebas.
Lihat bawah neh ;
Nampak tak kesan nya kepada persepsi masyarakat bila tv3 buat fitnah seperti neh? Beginilah yang mereka lakukan setiap hari terhadap pakatan rakyat. Tak banyak, sedikit pun ada juga yang termakan dakyah fitnah oleh tv3 neh. Boleh tak suka tapi jangan disebabkan rasa tak suka mendorong kepada fitnah.
Matlamat SM bagi aku dah salah sebab mereka mendorong ahli2 SM agar menerima diri mereka seadanya dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat agar menerima perbezaan SM.
Langkah itu dah salah. Walhal langkah sepatutnya ialah membantu ahli2 SM menyelesaikan masalah mereka dengan pelbagai kaedah agar mereka kembali kepada fitrah. Ini baru betul. Menjadi gay, les dan lain2 bukan fitrah manusia. Percayalah. Ia benar2 bukan fitrah anda, saya dan sesiapa pun. Ia adalah kesan daripada mengikut keinginan nafsu sepenuhnya.
Marina mungkin tak faham hal neh. Aku boleh nampak niat dia nak membantu mereka. Tapi kenapa perlu dorong mereka agar menerima hakikat betapa songsangnya nafsu mereka? Cara itu tidak membantu malahan akan merosakkan lagi mereka.
Lihat bawah neh ;
Marina sendiri mengakui dia sebagai penyokong SM. Apa pula yang blogger/penyokong umno nak cakap pasal neh? Baca SINI. Takpelah. Aku dah tahu jawapan dan analisis mereka. Sudah semestinya kesalahan hanya akan tetap dilambakkan kepada bersih dan pr juga. Macam biasa.
Apa yang aku nak bagitau kat sini ialah satu benda jek. Iaitu berita2 fitnah yang sering dimainkan oleh tv3. Selalunya kita tak pernah nak amek port sehinggalah kita sendiri difitnah. Tetapi selama neh kita biarkan jek tv3 fitnah sana sini sedangkan kita sedia maklum bahawa berita2 mereka ialah berita2 fitnah. Tapi kita buat tak peduli. Atas sikap beginilah tv3 semakin berani dan mara ke depan dengan menyajikan berita2 fitnah.
Sudah tentu akan wujud komen begini. Alah.. pr punya lagi teruk fitnahnya. <-- Mentaliti orang yang kurang bijak. Sekarang korang nak buat perbandingan fitnah siapa yang paling terbaik dan terbanyak pula ka?
Fitnah ialah fitnah. Tidak sepatutnya wujud persoalan siapa fitnah lebih banyak dan sebagainya. Isu yang hanya boleh dan patut timbul ialah bagaimana kita nak pastikan tv3 jangan suka2 fitnah orang lagi dan bagaimanakah kita nak kawal penulisan media yang bersikap begini. Itu jek.
Sebab apa? Sebab fitnah neh bahaya besar. Ia ibarat virus. Disebabkan satu laporan berita yang fitnah pelbagai persepsi akan timbul. Contohnya isu bersih. Berapa banyak fitnah yang dilemparkan. Berapa banyak kecaman yang diterima? Tapi adakah ia benar hingga ke hari neh?
Mana rm200 aku? Sampai sekarang aku menanti. Walaupun seribu kali kita jelaskan bahawa bersih bukan agenda yahudi tapi adakah semua rakyat malaysia membaca blog neh? Aniya. Tidak. No. Bukan semua orang. Tak boleh lawan dengan fitnah tv3.
Dorang mainkan isu yang sama dan berulang2 di minda penonton sehingga satu persepsi negatif melekat di pemikiran mereka ke atas kita. Adakah tv3 tahu apa kesan nya pada masyarakat? Kita akan jadi saling benci membenci. Kita benci tv3 yang kerja nya menfitnah kita. Orang yang termakan dengan fitnah tv3 pula akan membenci kita. Sudahnya kita akan saling hidup bercakaran antara satu sama lain sampai mati. Semua nya atas satu sebab. Iaitu... fitnah.
Ameno : Sebab itu fitnah lebih bahaya dari membunuh. Bila ko membunuh ko hanya tarik nyawa, tapi bila ko menfitnah ko tarik banyak roh jadi jahat dan saling membenci.
Isu Berkaitan : APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/isu-seksualiti-merdeka-marina-mahathir.html#ixzz1d83dh1P6