Wednesday, November 9, 2011

Pemimpin Umno menjadi bodoh kerana S.Ambiga

PUSAT JUDI DI NEGARA INI AKAN DITUTUP, JIKA....
ISU `Seksualiti Merdeka' sudah pun selesai apabila pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan program tersebut diadakan di negara ini. Tahniah kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan sedemikian.

Walaupun isu ini sudah selesai beberapa hari yang lalu, namun pihak media pencacai yang masih kelaparan isu terus memainkan isu berkenaan, dan sasaran mereka bukan pihak Penganjur tetapi S.Ambiga. Pemimpin-pemimpin Umno pun menjadi seperti kebodohan dengan meratib nama S.Ambiga saban waktu. Hebat sungguh aura S.Ambiga, sedangkan beliau hanya tokoh NGO yang dijemput oleh Penganjur bagi merasmikan program yang kita pun tidak bersetuju itu.

Apabila pihak berkuasa mengarahkan program tersebut dibatalkan, pihak penganjur pun akur termasuk S.Ambiga, namun media tetap memainkan isu ini termasuk stesyen TV yang saban malam menyiarkan program maksiat untuk tontonan kita semua. Semenjak bila stesyen TV ini peka dengan akidah?

Ertinya, mereka menentang `Seksualiti Merdeka' bukan kerana agama, tetapi kerana di situ terlibatnya nama S. Ambiga, seorang tokoh yang berjaya `memeningkan' kepala pemimpin Umno, SPR serta JPN. BERSIH 2.0 benar-benar mengancam nyawa Umno sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Khas di Parlimen bagi membersihkan SPR.

Saya ingin bertanya, menentang `Seksualiti Merdeka' dengan menentang kewujudan Pusat Judi, apakah bezanya? Sepatutnya tiada beza kerana judi juga haram di sisi Islam dan tidak dihalalkan juga oleh mana-mana agama. Seperti juga gaya hidup Gay atau Lesbian, judi juga perosak tamaddun masyarakat semua bangsa dan agama. Soalnya, mengapa tidak ditentang seperti mereka menentang `Seksualiti Merdeka'? Di mana suara Muhyiddin selaku TPM di dalam isu judi ini? Di mana suara garau Zul Kulim dan Ezam sesumpah? Apa yang Ibrahim Ali mahu kata di dalam isu judi yang sama buruknya dengan isu `Seksualiti Merdeka' ini?

Jawapannya mudah. Pertama Judi `dihalalkan' di dalam negara ini malahan Pusat Judi terbesar di Genting itu adalah `hadiah' paling berharga dari Umno buat tokeh Cina. Saya tidak mahu sebut siapa yang menganugerahkan kawasan perjudian yang terbesar itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi yang telah tiada di dunia ini.
Paling releven, judi tidak ditentang mungkin kerana bukan S.Ambiga yang menjadi pemegang sahamnya di situ. Bayangkan jika sehari dua ini S.Ambiga membeli saham terbesar di Genting sekarang, rasa-rasanya akan berkumpullah para pencacai `pembela agama' ini mengarahkan Pusat Judi itu ditutup. Maka, mereka akan berkata, lihatlah, Pembangkang bersekongkol dengan tokeh judi iaitu S. Ambiga. Tetapi ini tidak berlaku kerana di Genting tiada S. Ambiga. Siapa di sana yang mempunyai saham dari dahulu hingga kini?

Jika mahu tahu, anda boleh tanya bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar atau Tengku Adnan Mansor, SU Agung Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu. Jika anda semua mahu lihat Pusat Judi di Genting itu pupus, kita syorkan S.Ambiga membeli saham terbesar di situ. Jika tidak percaya, kita boleh cuba./wfauzdin.blogspot.com

Semua tahi ada dalam Umno

Dalam Umno ada bermacam kaki dan tahi. Dalam Umno ada tahi judi, tahi arak, tahi rasuah, tahi perempuan dan bermacam macam lagi. Tahi itu kotor dan jijik, maknanya Umno tempat yang kotor kerana bermacam tahi ada dalam Umno.

Rakyat perlu tahu Umno itu penuh kekotoran, tak boleh bersihkan. 

Rakyat perlu singkirkan UMNO/BN dari tampuk pemerintahan negara, Caranya ialah memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat di setiap DUN dan Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti, baru Umno tahu langit ini tinggi rendahnya.
Kata dulang paku cerpih, kata orang kamu yang lebih' Perumpamaan itu cukup sesuai untuk Umno dan pemimpin pemimpinnya.

Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Maklumat ini ini dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, yang dipetik Dari Artikel Asal Disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...