Tuesday, February 21, 2012

Jingga 13 atur demontrasi bantah satu lagi kapal Israel berlabuh +Video


Kerajaan Israel memegang 98 peratus saham dalam Zim Integrated Shipping Ltd

KUALA LUMPUR: Kerajaan Israel-Zionis adalah pemegang 98 peratus saham Zim Integrated Shipping Services Ltd – pemilik kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu.

Bercakap pada sidang media hari ini, Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa, berkata saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk ‘sailing clearance’ (kebenaran belayar) dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.

Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang.

“Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu memiliki bukti berbentuk ‘sailing clearance’ (kebenaran belayar) Israel yang diserahkan kepada Wisma Kastam Diraja Malaysia.

“Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya.

Fariz akan mengetuai perhimpunan di Pelabuhan Klang pada 22 Februari di Pelabuhan Klang bagi membantah kehadiran sebuah lagi kapal milik Zim iaitu Zim Europa. KD

PERHIMPUNANAN AMAN BANTAH KEMASUKAN KAPAL ISREAL KE MALAYSIA TARIKH: 22 FEBRUARI 2012 MASA : 5 PETANG TEMPAT : HADAPAN PINTU MASUK WESTPORTS, PELABUHAN KLANG ANJURAN JINGGA 13 BERSAMA PEMUDA PAS, AMK DAN NGO. SEBARKAN!

Himpunan aman bantah kapal Israel 22 Feb

Harakahdaily,
20 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan aman bagi membantah kemasukan kapal kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang.

"Kami dengan ini menjemput semua warga yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan BN yang mengiktiraf Israel,” kata ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan.

Katanya, himpunan itu diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

Selain itu, beliau juga meminta agar semua pihak dapat menyebarkan maklumat itu sebagai tanda bantahan dan berusaha untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut. - harakah


http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/jingga-13-atur-demontrasi-bantah-satu.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...