Monday, February 20, 2012

Abdul Hadi dan Mahfuz sedia berdebat ..

NONE
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.

"Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz.

"Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah."

Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat.

Pada masa itu, katanya, Profesor Diraja Ungku Aziz, juga telah dilantik bagi mempengerusikan perdebatan yang bertajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?", tetapi debat itu dibatalkan pada saat-saat terakhir.

"Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin  untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya.

Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno. Mkini

http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/abdul-hadi-dan-mahfuz-sedia-berdebat.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...