Indonesia kalah, Malaysia menang - Najib, ada cuti tak?
Peh.
Perlawanan yang paling mendebarkan ahti aku. Tiba2 jek aku mendapat pelbagai penyakit dalam masa 3 jam neh. Tergolek jangan cakap larh. Dah berapa kali dah. Badan aku pun dah lunyai neh. Asyik termelambungkan diri sendiri atas lantai jek dari tadi.
Muahahahaa..
Sekarang neh buat pembaca2 Indonesian yang dok kutuk malaysia macam2 dalam beberapa hari neh, apa lagi korang nak cakapkan? Takyahlah weh. Redha je. Adat beb, adat. Nama pun sukan. Neh pertandingan jek. Tak payah nak emosi bagai. Hari neh kalah, esok pun mungkin kalah lagi, lusa pun mungkin kalah lagi.. kalah dan kalah.. so redha je larh..
kah kah kah
Opsss.. jangan marah. Gurau2 ajek okey. Korang akan menang gak suatu hari nanti. Cuma.. bukan pada malam neh okey. So.. please biarkan pasukan malaysia pulang dengan aman malam neh. Aku tahu korang marah tapi nak buat apa marah2. Buang masa seme tue weh. Dulu, kami rakyat malaysia pun selalu jek kalah bola sampai putus harapan. Malas. Sebut jek bola memang malas nak layan. Tapi dulu larh. Bukan sekarang.
Muahahahha..
Jadi please larh. Selepas harimau menerima pingat emas, biarkanlah mereka balik dengan aman. Jangan cederakan pemain2 kami dan jangan pula hack apa2 laman kami. Be profesional. Kami rakyat malaysia bukan orang jahat. Aku kenal ramai orang indonesia yang baik2 kat sini. Tak perlu nak bermusuh bagai. Kita bermusuh ikut mode aje.
Contoh kalau ada amah yang didera, kami rakyat malaysia pun marah juga dengan sang pendera. Kalau ada indonesia yang di import jadi pengundi, kami pun marah juga sebab ini membabitkan kedaulatan negara. Bila tourism malaysia melakukan kesilapan kempen promosi product indonesia as malaysia kami pun marah juga dengan kementerian kami.
Pendek kata, serang ikut topic. Dan serang ikut sang yang membuat salah. Kalau yang buat salah tue sekian2 makhluk, maka makhluk itulah yang korang patut serang. Jangan babitkan seluruh rakyat malaysia. Bukan pasal serumpun ka apa ka tapi pasal keadilan. Tidak wajar hanya kerana perbuatan jahat sesetengah individu, rakyat malaysia pula di salahkan secara keseluruhan.
Boleh terima pendapat neh? Be profesional, okey?
Dan malam neh biar kami raikan kemenangan kami puas2. Jangan nak cederakan players kami termasuklah si fakri tue sekali walaupun dia buat hal banyak kali malam neh. Habislah fakri lepas neh. Facebook aku sekarang penuh dengan tiaw kaw2 terhadap dia. Muahahaha..
Errr.. Najib ada cuti tak? Malaysia menang neh. Kuning whoorrr..
kah kah kah
p/s : tak yah kutuk fakri kat ruangan komen, tq.
Ameno : Aummmmmmmmmmmmmmmm..