Pemimpin-pemimpin Cinadari seluruh Negara telah meminta Perkasa untuk memohon maaf kerana memberi 'ang-pow ' dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka yang juga dikatakan merendahkan martabat dan mengeksploitasi warga emas.
"Ibrahim Ali dan gengnya memang bodoh. Mereka terjerat oleh permainan mereka sendiri. Mereka tidak berminat dengan orang Cina dan sedihnya mereka mensasarkan orang-orang tua. Ia adalah eksploitasi semata-mata dan memalukan mana-mana kumpulan yang menuntut memperjuangkan hak-hak kaum. Sudah tentu, warga emas akan tergesa-gesa ke sana kerana mereka mempunyai rata-rata adalah golongan susah, jadi patutkah mereka dipersalahkan atau Perkasa? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
"Memberi 'angpow' dalam sampul putih semasa Tahun Baru Cina bertujuan untuk menjadi satu perayaan yang membawa makna kemakmuran dan keriangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas," Mah Siew Keong Naib Presiden Gerakan berkata dalam satu kenyataan.
Belajarlah untuk menghormati orang lain
Kepada orang Cina, putih melambangkan kematian dan dikhaskan untuk pengkebumian, di mana lilin putih dinyalakan dan sumbangan yang diberikan untuk membantu mereka yang berkabung diisi dalam sampul surat putih.
Ketua Perkasa, Ibrahim Ali sehingga kini enggan memohon maaf. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan kesilapan ini adalah tidak disengajakan.
Namun, penjelasan itu ditolak dan dipertikaikan juga.
"Sebagai seorang anggota parlimen dan berada di arena politik bertahun-tahun lamanya, Ibrahim masih begitu jahil tentang budaya kaum-kaum lain, dan ini adalah kenapa dia telah terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," kata ahli parti Gerakan, Mah.
"Apabila mereka mahu untuk mencari publisiti, mereka tergesa-gesa mengumumkan akan mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina dan menjemput para media. Apabila mereka membuat kesilapan yang ketara, perkara yang perlu mereka lakukan adalah memohon maaf tetapi Ibrahim dan Perkasa bersembunyi di sebalik alasan bahawa mereka jahil akan perkara itu. Tetapi ini adalah satu isu menghormati orang lain. ini menunjukkan mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada orang Cina dan tindakan perkauman yang mereka sering lakukan. Mereka tidak boleh melakukan perkara mudah dengan betul, dan mereka ingin meluaskan fahaman politik mereka kepada kaum lain pula. Nasihat saya kepada mereka adalah untuk mempelajari beberapa adab terlebih dahulu," selar Jui Meng. Malaysia Chronicle
Baca Panas!!! Tiew Letak Jawatan dlm MCA, dakwa Ibrahim Ali sengaja buat... +Video
Baca Panas!!! Tiew Letak Jawatan dlm MCA, dakwa Ibrahim Ali sengaja buat... +Video