Tuesday, February 14, 2012

Anwar: Batal PRU-13 jika SPR gagal bersih daftar pemilih


Anwar: Pertambahan mendadak pengundi di Selangor mencurigakan

PETALING JAYA, 13 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong.

"Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan.

"Pengundi di Subang bertambah sebanyak 35 peratus, daripada sejumlah 84,000 ribu kepada 114,000, Kota Raja mengalami peningkatan 29.5 peratus, dan Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008," katanya, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut.

Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.

"Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya.

Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti.

"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi. MI

PETALING JAYA 13 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pilihan raya Umum akan datang sekiranya masih gagal membersihkan daftar pemilih.

Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu.

“Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

“Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan (KEADILAN), selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, di sini hari ini.

Menurutnya, di Selangor umpamanya, berlaku peningkatan jumlah pengundi di beberapa kawasan parlimen seperti Subang sebanyak 35 peratus daripada 84,000 pengundi kepada 114,000 pengundi.

Di Kota Raja pula katanya, berlaku kenaikan sebanyak 29.5 peratus sementara di Puchong pula berlaku kenaikan 25 peratus pertambahan pengundi.

Beliau juga membangkitkan isu pemindahan pengundi di Wilayah Persekutuan apabila seramai 600 pengundi dikesan dipindahkan alamat mereka.

Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu mempunyai mekanisme jelas bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

“Sebab itu perlu ada mekanisme yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengarahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya supaya mendesak tuntutan itu dilaksanakan segera.

“Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26520

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...