Gambar Hiasan |
Berita yang disiarkan itu berkenaan kisah penyebaran agama Kristian di dalam kelas tuisyen yang diadakan di dalam surau tersebut.
Kalau benar ada surau menggunakan nama Al-Musyrikin (kafir) memang padanlah berlaku penyebaran agama Kristian sebab nama pun surau kafir.
Tapi takkanlah ada kariah surau sebodoh itu di Malaysia ini? Takkanlah sebutan Musyrikin digunakan sebagai nama surau? Langsung tak masuk akal [TV3]
Dua kemungkinan, sama ada penyunting berita TV3 yang tersilap, barangkali dia orang bukan Islam yang tidak faham maksud Musyrikin maka dia tidak sensitif tentang sebutan itu, atau memang benar wujud surau tersebut.
Jika surau tersebut memang wujud, maka pihak berkuasa jangan buat bodoh, buat tak faham, sila lakukan tugas anda! Mana ada tempat solat pakai nama Al-Musyrikin dalam dunia ni? Agak-agaklah beb!
Di bawah ini petikan berita dari Buletin Utama yang gua maksudkan di atas. Tonton dan dengar sendiri apa perempuan pembaca berita tu sebut?