Friday, February 3, 2012

KITA di 5 negeri akan halang pembubaran

NONEPemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) daripada lima negeri berikrar untuk menghalang tindakan presiden mereka Datuk Zaid Ibrahim daripada membubarkan parti yang baru ditubuhkan itu.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata bahawa beberapa pemimpin negeri itu membuat keputusan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli mereka membincangkan pengumuman pembubaran oleh Zaid semalam.

"Ketetapan kami adalah untuk tidak membubarkan parti ini dan ia akan diteruskan seperti biasa.

"Kami lihat kenyataan Zaid sebagai pendapat peribadi beliau dan jika beliau gagal (membubarkan parti pada mesyuarat agung luar biasa), beliau mesti letak jawatan," kata Zamil.

Turut bersama pada sidang akhbar ini adalah ketua KITA Johor, Mohd Zaid Mohd Yusof dan ketua KITA Selangor Azmi Othman.

Beliau dan Mohd Zaid juga mendakwa bercakap bagi pihak ketua Pulau Pinang, Tan Tee Beng dan ketua Sabah, Osman Rauf .

"Perlembagaan parti mensyaratkan beliau memerlukan sokongan 75 peratus ahli bagi membubarkan parti. Dengan lima negeri menentang, bolehkah berbuat demikian?" soal Zamil.

Menurut Zamil, pemimpin alar umbi KITA berikrar mahu memastikan parti itu diteruskan tanpa mengambil kira tindakan Zaid, seperti mana Umno berterusan meskipun pernah diharamkan kira-kira tiga puluh tahun lalu.

Tambahnya, pengumuman pembubaran yang dibuat itu sebagai satu kejutan kerana tidak ada rundingan dibuat dengan pemimpin akar umbi negeri.
NONE
"Mesyuarat terakhir kami di peringkat pusat adalah bulan lalu dan ia adalah mengenai pembentukan satu sayap pemuda," kata Zamil.

Pada peringkat negeri, katanya ahli-ahli KITA di Kedah dan Pulau Pinang menuntut supaya Zaid meletak jawatan serta-merta kerana beliau mengakui telah gagal sebagai pemimpin. Mkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...