KUALA LUMPUR 3 Feb: KEADILAN membuat penjelasan bahawa parti itu tidak menghalang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, 7 Januari ini.
Naib Presiden KEADILAN, N Suredran berkata demikian berikutan portal berita hari ini melaporkan terdapat ahli KEADILAN membantah kedatangan Najib (SINI) ke kuil berkenaan.
“Saya mahu menyatakan dengan pasti bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak membantah lawatan Perdana Menteri ke kuil Batu Caves.
“Lawatan sedemikian oleh pemimpin, tanpa mengira gabungan politik, digalakkan dalam negara kita yang mengamalkan pelbagai budaya,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, tindakan dua anggota KEADILAN membuat laporan polis membantah lawatan Najib itu, juga tidak menggambarkan pendirian parti itu.
“Sama juga, pihak berkuasa berkaitan tidak harus meletakkan halangan dalam lawatan Pembangkang,” ujarnya mengaitkan halangan sebelum ini khususnya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini juga selaras dengan semangat kebaikan, belas kasihan dan keamanan yang disimbolkan oleh sambutan Thaipusam,” tegas beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26156