Tuesday, February 21, 2012

Anwar: Nik Aziz terima penjelasan saya +Video

Anwar Ibrahim
21 Februari 2012  KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal, bulan lalu.
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. SH

http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/anwar-nik-aziz-terima-penjelasan-saya.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...