Tuesday, January 10, 2012

Pencacai Tanam Persepsi, Tanggapan bahawa Liwat II Benar-benar Berlaku!


Siapa kata Drama Liwat II berakhir semalam? Anda silap! Selain desakan daripada Saiful agar kesnya dibawa ke Mahkamah Rayuan, media pencacai sama ada di internet atau versi bercetak mula menanam persepsi dan tanggapan bahawa kes semalam dimenangi oleh DSAI atas alasan teknikal, tidak cukup bukti, dan sebagainya.

Jika anda berkesempatan menjengah blog lucah dan kaki fitnah semalam, sudah tentu anda dapat membaca artikel-artikel yang membela Saiful dengan mengaitkan kes-kes tertentu untuk menyokong bahawa liwat itu benar-benar berlaku. Misalnya, kes pembunuhan Norita Shamsuddin disebut semula bagi menggambarkan bahawa pembunuhnya terlepas, namun pembunuhan itu tetap berlaku.

Cuba anda lihat muka depan Kosmo, anak kepada akhbar pencacai no 1 negara di atas. Anda baca tajuk besar, Anwar Bebas Atas Alasan Intergriti DNA, anda baca juga tajuk kecilnya, Kesan DNA yang Ditemui dalam Jubur Saiful Tidak Cukup Buktikan Kes Liwat. Jika anda tidak membaca pendedahan blog PR, apa persepsi anda terhadap DSAI? Sudah tentu anda akan mengatakan bahawa liwat itu benar-benar berlaku, hanya bukti DNA yang tidak mencukupi! -DCM
P/s: Sila ambil tindakan lanjut agar kes ini dapat ditutup terus dan tidak menjadi modal pencacai untuk mengaitkannya dengan DSAI dan Pakatan Rakyat.
Anwar Bebas Tuduhan Liwat Saiful Bukhari

Mahkamah Tinggi Malaysia pada 9 Januari 2012 telah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dia dibebaskan dari segala pertuduhan meliwat saiful bukhari.
Pertuduhan yang dilemparkan selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Anwar dibebaskan kerana beliau mengaku meliwat, oleh kerana itu dia dibebaskan.

Jika Anwar Ibrahim mengaku bersalah, mengaku dia meliwat Saiful Bukhari, adakah dia akan dibebaskan? Jika Pengedar dadah mengaku dia mengedar dadah adakah dia akan dibebaskan? Jika seorang bapa melakukan hunbungan sumbang mahram dengan anaknya dan dia mengaku mengadakan hubungan tersebut, adakah dia akan dibebaskan? jika begitu, kesemua mereka yang melakukan jenayah akan dibebaskan dengan cara si pelasah akan mengaku bersalah.

Anwar dibebaskan kerana kenyataan liwat suka sama suka, Anwar dan Saiful melakukan hubungan ini dengan rela hati, suka sama suka.

Jika mereka melakukan hubungan ini dengan rela hati, dan dengan perasaan suka sama suka, mengapa dakwaan yang dikemukakan adalah Anwar dituduh meliwat saiful bukhari, bukan Anwar dan Saiful Bukhari sama sama meliwat. Sedangkan juga kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaysia bukan di Mahkamah Syariah, kerana mereka berdua beragama islam dan perbuatan ini melanggar hukum syarak.

Jadi, mengapa Anwar Ibrahim dibebaskan sebenarnya?

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut hakim Mohamad Zabidin, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini katanya, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari. Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

‘‘Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan,’’ ujar Hakim Mohamad Zabidin.

Owh… Tapi Hakim tak cakap pun liwat tak berlaku, ini bermakna ada lah hubungan liwat berlaku..

Betul, hakim tidak mengatakan liwat tidak berlaku, tetapi ini juga tidak membuktikan bahahwa Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari. - SEKIAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...