Semalam really3line ada mendedahkan cek RM300k yang diberikan atas penama Azalina Bte Othman, dan juga menerangkan kepada anda, apa yang boleh kita masyarakat lakukan dengan duit sebanyak itu.
Milik Siapa Cek RM 300,000.00?
Penama di atas cek tersebut adalah Azalina Bte Othman adalah bekas Menteri Belia dan Sukan. Cek RM 300K ini dia terima dari seorang datuk yang bernama yahya abdul jalil.
Persoalanya kini, Siapa Yahya Abdul Jalil ni?
Beliau adalah Pengarah Urusan Advanced Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. (AMPM) dan pengarah urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd. Beliau menjadi ajk UMNO Pasir Gudang Johor.
Ini 2 Syarikat yang dia menjadi pengarah urusan :
2. AMPM
Kenapa dengan 2 syarikat gerbang perdana dan AMPM ni?
Kedua syarikat ini ada kaitanya dengan 2 bangunan di Wiliyah Iskandar.
Ini kerana kedua dua bangunan tersebut dibina oleh Gerbang Perdana dan maintanance bagi bangunan ini pula diuruskan oleh AMPMSB.
Itukan perkara normal, harga AMPM berpatutan untuk selengara bangunan tu, dan dia pun ada kemahiran dari segi menyelengara, serta AMPM pun akan menambahkan peluang pekerjaan untuk orang orang johor, tiada apa yang salahnya…
Betul, tepat ia adalah perkara normal. Tetapi persoalanya disini, pada permulaan sebelum kontrak penyelengaraan antara gerbang perdana dan AMPM ini terjalin, AMPM telah pun menyelengara bangunan tersebut tanpa surat notice atau invoice, kerja suka rela ke?
Yang kedua, penanguhan kontrak antara Public Works Department (PWD) dan AMPM pada awalnya kerana dipercayai ada ketidak telusan dalam tawaran harga yang diberikan oleh AMPMSB kepada PWD dalam tawaran kontrak.
Yang Ketiga, selepas lawatan Awang Adek (Timbalan Menteri kewangan Malaysia dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO) melawat tapak bangunan ini, dengan secara tiba tiba Kontrak PWD dan AMPM terjalin.
Yang Ke empat, dengan tidak semena mena (secara tiba tiba) AMPM memberi Cek RM50,000.00 kepada Awang Adek.
Yang ke lima, Awang ada menyifatkan Cek tersebut adalah sebgai 'derma' untuk kawasan perlimen beliau.
Individu yang sama, yang memberi derma kepada Awang Adek juga telah memberi cek sebanyak RM 300K kepada Azalina Othman yang kini hanya seorang ahli parlimen sahaja. Adakah ia juga merupakan derma?
SUMBER BERITA : Really3line dan Thewhistleblower711
SEKIAN.