Friday, January 13, 2012

Siapa percaya propaganda Utusan, memang bangang tulen!" +Video

Peserta himpunan 901 bersalam & berterima kasih pada Polis
SELEPAS para peserta perhimpunan aman 901 menerima berita bahawa mahkamah membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim, mereka bersorak gembira, melaungkan takbir dan mengucapkan "Alhamdulillah" bagi meluahkan perasaan bersyukur.

Saat itu, anggota Polis yang bertugas di sekitar Mahkamah Jalan Duta bagaikan artis terkenal apabila dihampiri oleh ribuan peserta yang mahu bersalaman dan mengambil gambar bersama mereka.
Para peserta mengucapkan "terima kasih", "Selamat bertugas", "Polis baik rakyat sayang" dan lain-lain. Di bawah ini antara gambar yang sempat diambil menggunakan handphone buruk ReJaM©.
Pihak Polis juga dilihat tersenyum dan dengan senang hati tidak keberatan melayan karenah para peserta yang menghampiri mereka.
Jelas sekali perhimpunan ini berjalan dengan aman kerana tiada FRU yang menyerang dan menangkap para peserta dalam perhimpunan aman ini. Berbeza dengan banyak perhimpunan sebelum ini.
Daripada dialog perbualan yang dapat difahami, para peserta perhimpunan aman ini mengucapkan terima kasih kerana pihak polis sanggup bersusah payah membantu mengawal perhimpunan 901.
Malangnya ada akhbar gila yang mahu rakyat percaya bahawa peserta perhimpunan ini yang terdiri daripada para penyokong Anwar Ibrahim meraikan pembebasan beliau dengan cara meletupkan bom.
Mereka mahu rakyat percaya pembebasan Anwar Ibrahim diraikan dengan cara membunuh diri beramai-ramai dengan bom sambil meletupkan rakan-rakan mereka yang turut berhimpun.

ReJaM© "Siapa percaya propaganda Utusan, memang bangang tulen!"

Dari Blog MiLo SuaM

Letupan: Polis perlu siasat ‘sumber’ Utusan, editor

KUALA LUMPUR 12 Jan: Pihak polis digesa menyiasat sumber diperolehi Utusan Malaysia yang menuduh insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin lalu, berpunca dari peserta perhimpunan 901.

Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, laporan bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiar di muka depan akhbar itu semalam, mendahului siasatan polis.

NONEIa juga ekoran kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh bahawa laporan itu adalah spekulasi Utusan semata-mata.

“Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Menurut Xavier lagi, insiden letupan berkenaan juga dilihat amat serius dan memerlukan siasatan terpeinci dilakukan.

“Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan dan telah dirancang terlebih awal oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ia bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa,” ujarnya.

Katanya, hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan tertumpu membuat liputan kes mahkamah tersebut dan ia sedikit sebanyak menghakis kepercayaan pelabur asing terhadap pihak berkuasa.

“Letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orang ramai dan hartabenda, sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidakupayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran,” tegas beliau.

Pandangan sama disuarakan seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut mengecam laporan Akhbar Utusan Malaysia dan meminta pihak polis menyiasat dalang insiden letupan terbabit.

“Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai.

“Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini. Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25473

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...