Saturday, December 10, 2011

Kenapa Umno takut jadi pembangkang di parlimen?

Segala jampi serapah pemimpin Umno dalam persidangan Umno yang diberikan kepada perwakilan Umno dari seluruh negara nampaknya belum berkesan.Umno terpaksa pulak upah 'Tentera Pekida' untuk dilembukan Umno daripada tumbang di Putrajaya.Woit! ugut-ugut zaman la ni orang tak takut dah.Apa Pekida boleh buat kalau Umno hilang kuasa di Putrajaya?Takkan nak bunuh orang kot?Apa nasib Pekida di Selangor, Kedah, Kelantan bila Umno tak dak kuasa?Umno guna Pekida bila kuasa diambang kejatuhan.

Tengok la jauh-jauh sikit di Amerika Syarikat dan di British Parti Demokrat menang ada parti Repubilkan mengamuk?Parti Republikan menang ada parti Demokrat mengamuk.Parti Buruh kalah di tangan parti Konservatif ada parti tu hulur parang nak tetak orang?Kalah, kalah la nak mengamuk pasai apa?Rakyat pilih melalui sistem demokrasi bukan melalui jalanraya.Tapi kalau menipu tak habis-habis dalam pru rakyat akan guna jalanraya untuk ajar Umno-BN.

Bergegar-gegar Najib dan kepimpinan Umno nyalakan semangat perkauman Melayu supaya orang Melayu terhibur dengan ungkapan 'Hidup Melayu Hidup Umno'. 'Hidup Umno Hidup Melayu'.Tapi kenapa masih pemimpin Umno rasa tak yakin kali ini bahawa mereka akan terus berkuasa di Putrajaya?

Yang takut sangat hilang Putrajaya sebab apa?Kalau di Kedah, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan Umno jadi pembangkang boleh pulak tapi kenapa Umno tak sanggup jadi pembangkang dalam parlimen?

Takut Umno memang dah tak bertempat sampai dengan kartun-kartun Zunar pun Umno takut!Orang yang takut selalunya orang yang buat salah, menyamun, merompak wang rakyat, makan rasuah sampai bertaburan sana -sini.Agaknya inilah sebabnya Umno takut bila jadi pembangkang dan hilang Putrajaya.  MISAIMERAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...