Friday, November 18, 2011

Terbaru !!! Ribuan serbu parlimen, tuntut PM letak jawatan

Pembangkang telah me-ngetuai kempen untuk menggulingkan perdana menteri, yang mereka dakwa gagal mentadbir negara dan memerangi gejala rasuah, yang telah menjadi begitu berleluasa.

KOTA KUWAIT: Ribuan warga Kuwait menyerbu parlimen kelmarin selepas polis dan pasukan elit memukul penunjuk perasaan yang berarak ke kediaman perdana menteri untuk menuntut beliau meletak jawatan, kata seorang ahli parlimen (MP) pembangkang.

Penunjuk perasaan memecah pagar parlimen dan memasuki dewan utama di mana mereka menyanyikan lagu kebangsaan di negara yang setakat ini terselamat daripada pemberontakan pro-reformasi ‘Arab Spring’.

“Sekarang kami sudah memasuki rumah rakyat,” kata Mussallam al-Barrak yang mengetuai tunjuk perasaan bersama beberapa ahli perundangan lain dan aktivis belia yang turut menuntut pembubaran parlimen berhubung dakwaan rasuah.

Kumpulan terbabit me-ninggalkan bangunan parlimen selepas beberapa minit.
Terdahulu polis menggunakan belantan untuk menghalang penunjuk pera-saan yang melaung ‘rakyat mahu menyingkirkan perdana menteri’ daripada ber-arak ke kediaman Perdana Menteri Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah, seorang anggota kanan kerabat diraja yang memerintah negara.

Saksi berkata sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera dan dirawat di tempat kejadian.

Beberapa aktivis berkata, mereka akan terus berkampung di luar parlimen sehingga perdana menteri itu dipecat.

Ia adalah keganasan politik pertama di negara Teluk yang kaya dengan hasil minyak itu semenjak Disember lalu, apabila pasukan elit memukul penunjuk perasaan dan MP di satu rapat umum.

Ketegangan semakin me-ningkat di Kuwait semenjak tiga bulan lalu selepas ia didakwa kira-kira 16 MP dalam parlimen yang mempunyai 50 ahli menerima sogokan seba-nyak 259 juta euro (RM1.12 bilion), dipercayai untuk undi mereka di parlimen.

Pendakwa raya telah membuka siasatan bersejarah ke atas kes itu selepas beberapa bank tempatan merujuk akaun-akaun yang dipegang oleh MP kerana disyaki menerima deposit haram yang begitu besar.

Pembangkang telah me-ngetuai kempen untuk menggulingkan perdana menteri, yang mereka dakwa gagal mentadbir negara kaya itu dan memerangi gejala rasuah, yang telah menjadi begitu berleluasa.

Beberapa MP pembangkang mengaitkan kerajaan dengan dakwaan rasuah dan menuduh perdana menteri berusia 71 tahun dan anak saudara lelaki amir negara itu memindahkan dana awam ke dalam akaun-akaun periba-dinya di seberang laut. Tuduhan itu telah dinafikan.

Juga kelmarin, sekitar 20 ahli perundangan pembangkang memulaukan sesi parlimen sehari selepas kerajaan dan penyokongnya menolak usaha pembangkang untuk menyoal perdana menteri berhubung dakwaan rasuah.

Selepas penolakan itu, tiga MP pembangkang memfailkan permintaan baru untuk menyoal Sheikh Nasser berhubung dakwaan rasuah melibatkan MP serta pemindahan wang secara haram ke seberang laut.

Perdana menteri itu telah menjadi sasaran kritikan pembangkang semenjak di-lantik untuk mengisi jawatan itu pada Februari 2006, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebanyak enam kali, selain membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baru sebanyak tiga kali. — AFP

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/18/ribuan-serbu-parlimen-tuntut-pm-kuwait-letak-jawatan/#ixzz1e5JFmuk7

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...