Tuesday, November 1, 2011

Penjajahan Umno di Sabah (2)

Politik ini cukup ironis. Orang Melayu Semenanjung dan Bumiputra Sabah adalah diantara kaum yang paling miskin di Malaysia, tapi mereka jugalah yang paling kuat menyokong Umno dan BN! Pasai apa?


Pasai proses pembonsaian pemikiran yang dilakukan oleh Umno dan BN melalui instistusi yang dipanggil sekolah. Sekolah digunakan untuk membonsaikan pemikiran bangsa Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak melalui dasar-dasar pendidikan yang haprak. tapi jangan salahkan orang Melayu semenanjung dan Bumiputra sabah dan Sarawak.

Orang bodoh tak tau dia bodoh. Orang miskin tak tau dia miskin kecuali dia mempunyai peluang untuk membuat perbandingan.

Umno memainkan isu perkauman supaya orang Melayu merasakan bangsa lain sebagai musuh. dengan itu, orang Melayu tidak akan bercampur dengan orang Cina dan India. Kalau orang Melayu sudah bercampur dengan Cina dan India, sudah tentu orang Melayu tahu dia miskin dari segi ekonomi. Orang Melayu akan tahu, Cina dan India lebih matang dalam pendidikan. Apabila orang Melayu pandai, ini akan membahayakan Umno dan BN.

Sabah juga begitu. Sabah tidak boleh dibiarkan bebas, sebab kalau Sabah bebas..ia membahayakan politik Umno dan BN. Sebab itu Sabah perlu ditakluki dan rakyatnya diperbodohkan.

Diperingkat awal, taraf Sabah, Sarawak dan Malaya adalah sama.
 
 Tapi lama kelamaan, taraf Sabah sudah sama dengan negeri-negeri lain. Lebih teruk, Sabah adalah negeri termiskin walaupun ia mempunyai hasil negeri yang banyak. Sabah sudah menjadi seperti Malaya dizaman British dimana kekayaan dibawa balik ke Britain dan orang Melayu menjadi kuli.

Perkara yang sama berlaku sekarang dimana hasilbumi dikaut oleh Umno Semenanjung manakala rakyat Sabah dihimpit kemiskinan.

Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimanakah kuasa politik boleh berubah tangan? Lihat bagaimana SPR memainkan peranannya.
Setiap kali persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat, SPR memainkan peranan dengan menambah kawasan parlimen di Semenanjung dengan banyak berbanding Sabah. Secara peratusnya, ia mengurangkan suara dari Sabah dan Sarawak. Dan kalau dilihat, pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya berlaku pada tahun 1995 apabila BN tewas kepada Parti Bersatu Sabah.

Pertambahan ini juga tidak menguntungkan rakyat Sabah kerana pertambahan itu hanya melibatkan kawasan-kawasan yang boleh dimenangi oleh BN.
 Bagaimanakah Umno dapat meningkatkan jumlah kerusi yang ditandingi dan mampu dimenangi?

Ini dapat dilakukan dengan menambah jumlah pengundi "Melayu" bagi sesuatu kawasan itu. Sebelum persempadanan kawasan itu berlaku, Umno telah "melahirkan" begitu ramai orang "Melayu".
Pada tahun 1963, Sabah tidak mempunyai penduduk Melayu. Pada tahun 1970, penduduk Melayu hanya berjumlah 18, 362 orang tetapi penduduk Melayu meningkat sebanyak 1,552% dalam masa 30 tahun!

Bagaimana ini boleh berlaku? Apakah proses pembiakan yang digunakan sehinggakan pertambahan penduduk Melayu meningkat begitu cepat?

Pertama sekali, kalau ada orang Umno yang mengatakan depa mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, suruh depa pi pachucheng. Berapa ramai ahli Umno di sabah yang benar-benar berbangsa Melayu? "Melayu’ di Sabah terdiri daripada Indon, Filipino dan Pakistan. Dan mereka ini tiba-tiba menjadi "melayu" melalui projek IC. Siapa yang menjual bangsa Melayu?
Sabah bukan lagi milik rakyat Sabah, tapi milik pendatang asing yang diberikan hak kerakyatan demi survival Umno.

Perkara yang sama sedang berlaku di Semenanjung dimana ribuan warga Bangladesh dan Indonesia yang bukan saja diberik kerakyatan, malah diberi hak untuk mengundi.

Semenanjung Malaysia akan menjadi seperti Sabah yang sudah diambil alih oleh pendatang asing. Bangsa Melayu sedang dilelong oleh Umno dengan harga sekeping Mykad. Tapi dalam  masa yang sama, merekalah yang menjerit "Hidup Melayu!!…Pertahankan Hak Melayu!!"

(Grafik: ihsan Dr. Jeffrey Kitingan) - malaysiatimes 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...