Monday, October 31, 2011

Penjajahan Umno di Sabah (1)

Hari ini 31hb October dan aku memilih hari ini untuk mula bercakap tentang Sabah dan Sarawak. Pasai apa?

Dalam minggu ini, satu keputusan politik yang penting akan berlaku di Sabah dan Sarawak. Hari ini, 31 Oktober adalah hari terakhir bagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak untuk berbincang dikalangan pemimpin parti masing-masing, dan mulai esok, satu keputusan perlu diambil. Sama ada mahu terus dengan BN atau bersatu menentang BN.

Aku cuma sebut “bersatu menyokong BN…atau menentang BN.” Bila aku sebut “menentang BN”.. tak bermakna menyokong Pakatan Rakyat”. Sokongan terhadap Pakatan Rakyat akan dibincangkan kemudian.

Beberapa hari lalu, Bernard Dompok sudah mula menyuarakan bahawa Sabah dan Sarawak perlu diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Adakah permintaan itu wajar? Jangan jawab lagi.

Dr. Mahathir sudahpun menyuarakan tentangannya tapi Mahathir bukan Perdana Menteri atau Presiden Umno. Tuntutan Dompok itu ditujukan kepada Najib dan Muhyidin tapi dua-dua belum berkata apa-apa.

Macam mana kalau Najib menolak tuntutan tersebut dan Dompok membawa semua penyokongnya menyokong Pakatan. Adakah pemimpin dan penyokong Pakatan akan menerima Dompok? Aku tau..kalau orang BN melompat kedalam Pakatan, dia akan diterima sebagai hero tapi kalau orang Pakatan keluar parti…akan dianggap katak.

Kalau Dompok menyertai Pakatan dan partinya menang besar di Sabah…dan katakanlah semua pemimpin Sabah bersetuju Dompok menjadi Ketua Menteri Sabah..adakah Anwar bersetuju? Selama ini, Anwar mahukan pemimpin Muslim Sabah yang menjadi Pengerusi PKR Sabah dengan harapan kalau Pakatan menang di Sabah, Ketua Menterinya adalah Muslim. Itu sebab mengapa Jefferey Kitingan tak boleh jadi Pengerusi PKR Sabah.

Tapi kalau Dompok menjadi Ketua Menteri Sabah, maka Thamrin Jani, Pengerusi PKR Sabah, ada kemungkinan melompat masuk Umno!! Hangpa nak kata apa?

Macam mana kalau Najib bersetuju dengan tuntutan Dompok? Muhyidin pulak tak setuju sebaliknya bersetuju dengan Mahathir? Macam mana pulak kalau Anwar bersetuju dengan Muhyidin dan Mahathir dan berpakat menjatuhkan Najib? ha.ha.ha..jangan pening kepala.

Itu pasai aku cakap dulu..jangan kutuk teruk sangat. Sampai masanya nanti, musuh hangpa tu jugak yang hangpa peluk…kawan seperjuangan akan dianggap pengkhianat.

Selama ini aku tak peduli tentang sejarah Sabah dan Sarawak. Persepsi aku ialah…Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia sama macam negeri-negeri lain. Tapi aku salah. Bila dah baca Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak, baru jelas mengapa politik Sabah dan Sarawak berbeza. (baca Perjanjian tersebut disini. Dayakbaru.com)

Sudah banyak analisis politik yang menyebut bahawa peluang BN dan PR di Semenanjung hampir sama rata. Perbezaan kerusi yang akan dimenangi sangat kecil dan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu.
Kalau ikut kebiasaan, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak menjadi fixed deposit BN. Itu dulu…sekarang belum tentu.

Sekarang, rakyat Sabah dan Sarawak sudah boleh buka mata kerana maklumat lebih mudah diperolehi. Aku belum mau cakap pasal Sarawak…tapi nak tumpukan kepada Sabah.

Sabah adalah negeri pertama yang menumbangkan BN di Malaysia pada tahun 1985 apabila Pairin Kitingan menewaskan Harris Salleh.Tetapi kemudiannya, Pairin membawa PBS menyertai BN selepas menang. Pada tahun 1990, Pairin memihak kepada Tengku Razaleigh dari Semangat 46 dan menang. Mahathir merasa tercabar dan mulai dari itu, satu projek IC bermula sekitar 1992.

Hangpa jangan marah kat aku, sebab Anwar juga terlibat secara langsung dalam projek IC ini kerana mahu mengembalikan Sabah ketangan kuasa orang Islam. Kekalahan Usno dan Berjaya di Sabah telah membuka peluang kepada Umno untuk masuk ke Sabah. Dan pada tahun 1995, dengan berkat Projek IC, Umno berjaya bertapak di Sabah. Dari situ, Umno mula memainkan peranan sehingga akhirnya, Umno menguasai seluruh politik Sabah.

Bagaimana Umno menjajah Sabah? Mengapa sekarang rakyat Sabah sudah mula bangkit? Jom kita fahami sejarah politik Sabah dulu.

Cadangan untuk mewujudkan Malaysia yang mengandungi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak mula diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Pada 23 Ogos 1961, Malaya dan Singapura bersetuju untuk bersatu tapi Sabah dan Sarawak belum bersetuju. Pada 15 november 1961, satu memorandum yang diberi nama "Singapore White Paper" dipersetujui oleh pemimpin Malaysia dan Singapura untuk bercantum.

Pada 20-22 November 1961, satu perbincangan diadakan di London untuk membawa Sabah dan Sarawak menyertai Malaya dan Singapura. Pada 16 Januari 1962, satu Suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk untuk membuat kajian tentang penyertaan Sabah dan Sarawak.

Pada 29 Ogos 1962, Sabah mengemukan 20 Perkara yang dipersetujui oleh lima buah parti politik di Sabah.Pada 9 July 1963, Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani.Pada 28 Ogos 1963, satu pindaan dibuat untuk menentukan tarikh penubuhan Malaysia iaitu pada 16 September 1963.

Itu serba ringkas sejarah penyertaan Sabah kedalam Malaysia. Nampak semuanya ok, tapi ada banyak cerita disebalik perjanjian tersebut.

Sabah tidak bersedia untuk merdeka disebabkan keadaan politik yang 10 tahun dibelakang Malaya. 2/3 daripada rakyat Sabah menentang percantuman tersebut dan Tun Fuad Stephens sendiri menentang percantuman Sabah dengan Malaya. Tun Fuad bimbang sekiranya Sabah akan ditakluki oleh Malaya.

Sabah akhirnya bersetuju menyertai Malaysia setelah beberapa persetujuan dicapai diantara Tun Fuad dengan Tunku Abdul Rahman seperti yang terkandung didalam Perjanjian 20 Perkara. Selain daripada perjanjian tersebut, terdapat beberapa perkara lagi yang dijanjikan oleh Tunku Abdul Rahman. Salah satu yang paling popular ialah seperti berikut."

“THE GRANTING OF SELF-GOVERNMENT TOO WOULD
ENABLE SABAH TO STAND ON ITS OWN FEET
AS EQUAL WITH MALAYA, SARAWAK AND SINGAPORE.

BY TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ, PRIME MINISTER OF MALAYA
(SABAH TIMES, JESSELTON, AUGUST 30,1963)
Jelas disini, bahawa taraf Sabah didalam Persekutuan Malaysia ialah setaraf dengan Malaya…bukan setaraf dengan Selangor atau Pahang.Itu sebabnya mengapa Sabah mempunyai Menteri Kabinet sendiri…bukan bertaraf EXCO macam negeri-negeri di Semenanjung. Yang Dipertua Negeri Sabah juga sepatutnya dipanggil Yang DiPertua Negara Sabah.

Apa yang berlaku selepas 1963?

Pemimpin Sabah terlalu bergantung kepada pemimpin Umno Semenanjung dan keadaan ini telah dieksploit oleh pemimpin Umno. Perjanjian dan jaminan yang dibuat oleh Tunku mula dilupakan dan keputusan-keputusan dibuat secara unilateral oleh pemimpin Umno. Britain yang dilantik sebagai pemegang amanah untuk kesejahteraan rakyat Sabah turut bersekongkol dengan pemimpin Umno dan akhirnya rakyat Sabah ditipu. Sabah tidak lagi menjadi negara yang setaraf dengan Malaya tetapi hanya setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Macam mana Sabah boleh ditipu? Kedua-dua Perdana Menteri Malaya dan Singapura adalah dua peguam yang professional tetapi tun Fuad Stephens hanya berkelulusan Cambridge ataupun SPM sekarang, manakala Tun Datu Mustafa hanyalah berkelulusan sekolah rendah. Malah bukan sekali Tun Datu Mustafa ditipu, kali kedua ialah apabila dia membubarkan Usno dan membenarkan Umno mengambil alih.

Apakah manipulasi dan penjajahan yang telah dilakukan oleh Umno terhadap Sabah?

Kali pertama ialah apabila Semenanjung mahu Sabah menandatangani perjanjian royalti minyak. Pada 6/6/1976, satu perjanjian sepatutnya ditandatangani di Labuan. Tun Fuad Stephens tidak bersetuju dengan jumlah royalti minyak yang mahu dibayar kepada Sabah. Dalam perjalanan pulang ke kota Kinabalu, penerbangan tersebut sepatutnya membawa bersama Tengku Razaleigh, tetapi Tengku Razaleigh telah diminta turun dari kapalterbang tersebut. Tidak pasti sama ada ia satu konspirasi atau kemalangan, kapalterbang yang membawa Tun Fuad Stephens dan Menteri Kabinetnya terhempas sebelum sampai di Kota kinabalu. Tun Fuad Stephens mati bersama menteri kabinetnya.

Seminggu kemudian, perjanjian tersebut ditandatangani dengan memberikan semua hak minyak Sabah kepada Petronas. Pada tahun 2011, jumlah pendapatan minyak dari Sabah ialah RM13.721 billion ringgit. Tetapi royalti yang dibayar kepada Sabah hanya RM721.7 juta ringgit.(5%). Macam mana jumlah ini cukup untuk membangunkan Sabah sedangkan bajet untuk Sabah untuk 2011 ialah RM3.069 billion!! Minyak Sabah menyumbang hampir 27% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran minyak negara. Sabah yang kaya dengan minyak, tetapi terpaksa berhutang dengan kerajaan Umno!!

Pada tahun 1965, Singapura di "singkir" dari Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak tidak dibawa berunding dalam tindakan ini. Secara logiknya, Penubuhan Malaysia dipersetujui oleh Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak dan apabila Singapura sudah terkeluar, maka apakah perjanjian yang dibuat pada tahun 1963 itu masih sah?

Bersambung……


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...