Najib jangan bohongi rakyat
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.
Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.
Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.
Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.
Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.
Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.
“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.
Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.
“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?
“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.
Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.
Sejarah Dalam Pita Rakaman UMNO
Sejarah Malaysia bakal diSPIN oleh Perdana Menteri Malaysia. Selepas kenyataan professor kangkung, YB YB Bebas dan sebahagian YB UMNO, Blogger blogger pemfitnah, kini bukti baru UMNO yang mengatakan Mat Indera adalah komunis ada ditangan Najib.
Memetik kenyataan yang disebut sendiri oleh Najib pada 23 oktober 2011, "Kerajaan mempunya bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya bedasarkan rakaman temubualnya dengan anggota polis dan cacatan sebuah buku". Rakaman temubual itu kini berada dalam simpanan pihak Polis dan dalam rakaman itu dengan jelas Mat Indera mengaku seorang komunis dan terlibat dalam serangan Bukit Kepong 1950.
Lawak gile Najib! Lama gila nak bagitau ada rakaman. waaaaaaaaahh!! Sama sama kita nantikannya. RAKAMAN RAKAMAN RAKAMAN... Papa Gomo dan blogger upahan UMNO kini sibuk menyiapkan skrip untuk RAKAMAN tersebut. TV3suku, RTM, UTUSEX MELOYA, BERITA HAIRAN dan media media PRO UMNO-BN pun tengah sibuk. Kemungkinan juga akan ada 1 lagi adengan SUMPAH LAKNAT versi UMNO-BN semata mata nak menunjukan tuduhan itu BENAR...
Sedikit Info tentang Mat Indera
Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Anak murid pada ayah Muhyiddin, TPM sekarang ni. Jiran pada Muhyiddin Yassin.
14 oktober 1952 diberkas oleh pihak British. Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Era Pasca
Video Najib Razak Rakaman Suara Mat Indera Mengaku Komunis
Menurut Najib Razak, Sudah ada bukti yang dirakamkan, bukti itu ada, didalam tangan pihak Polis, temu bual Mat Indera oleh pihak polis, mat indera mengaku bahawa beliau seorang yang berideologi Komunis dan mengaku beliau merancang dan menembak Para anggota Polis dalam insiden di Bukit Kepong.
Najib Razak juga mengatakan bahawa Mat Indera adalah Ahli Komunis dan ia disahkan Oleh Chin Peng sendiri.
Bersamalah Kita Sedekah Kan Al Fatihah kepada Arwah Mat Indera Semoga Rohnya Aman Di Sana, kerana Di sini Rohnya Menjadi buah mulut dan fitnah Masyarakat Kita. Al Fatihah
Really,: seronok juga kalau rakyat dapat didedahkan dengan bukti tersebut, jangan takat cakap sahaja, tapi kalau tunjukan rakaman tersebut biarlah ia sahih, jangan macam video lucah yang di cipta tu.
Menafikan Pengorbanan Polis pada Zaman Inngeris adalah Dosa yang Tidak Dapat DIAMPUN? Biar Betul PM Najib?
Ingatkan kontroversi yang berkait dengan isu Mat Indera, Mat Sabu, dan komunis sudah selesai, rupa-rupanya masih belum lagi. Najib dalam Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengeluarkan "fatwa" bahawa "...menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan."
WOW!!!!
Baca...
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan mana-mana pihak yang cuba menafikan pengorbanan anggota polis terutama di waktu keganasan komunis dulu dianggap satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ia umpama mengkhianati perjuangan dan jasa perwira negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berasa hairan dan pelik apabila ada orang cuba mengagungkan kumpulan komunis sebagai pejuang nasionalis serta menidakkan jasa polis dan tentera yang berjuang bermati-matian bagi memastikan keamanan negara terjaga.
“Menyalah tafsirkan sejarah dan menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan.
“Polis sebenarnya mempunyai bukti kukuh Mat Indera ialah pengganas komunis berdasarkan satu rakaman temubual malah menerusi rakaman itu, dia mengaku terbabit merancang dan menembak mati anggota polis dalam serangan di Bukit Kepong.
“Dalam buku bertajuk Dialogues with Chin Peng: New light on the Malayan Communist Party juga memuatkan pengakuan Chin Peng bahawa Mat Indera ialah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi ada pihak yang mengagungkan mereka.
“Walau apapun muslihat pihak terbabit, kerajaan tetap akan mempertahankan jasa perwira negara sampai bila-bila,” katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam....
Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana isu ini sudah hangat sebelum ini dan beberapa pandangan spontan tentang isu ini turut disiarkan dalam blog ini.
Cuma fikirkan: Adakah pahlawan Melayu, komunis menentang Inggeris termasuk polis upahan (sebelum 31 Ogos 1957) Inggeris itu satu dosa, pengkhianatan?
Fikirkan!
Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.
Polis upahan British ini juga bertanggungjawab menangkap dan menjalankan hukuman terhadap pahlawan Melayu yang lain seperti Tuk Janggut dan sebagainya.
Siapa pengkhianat, siapa pejuang?
P/s: Kini, 1Malaysia sedang menunggu bukti temu bual pengakuan Mat Indera bahawa beliau ialah ahli PKM. - DCM