Beberapa hari lepas, Najib Tun Razak telah merapu. Di dalam "Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis", Najib berkata:
“Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan. “Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis. “Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,”
1.0 Mat Indera berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Bukan sebagai ahli Parti Komunis Malaya. Itu adalah fakta
2.0 Mat Sabu tak pernah kata Mat Indera tidak merancang serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong
3.0 Najib tak sebut Rumah Pasung Bukit Kepong itu mengibarkan bendera British, bukannya bendera Johor mahupun bendera Malaysia.
4.0 Kalau nak sebut pasal Komunis, tindakan UMNO menjalin hubungan mesra dengan Parti Komunis China adalah penghinaan yang lebih serius berbanding apa yang Mat Indera buat.
5.0 Parti Komunis China adalah bapak. Parti Komunis Malaya adalah anak. Mat Indera berhubung dengan "anak". UMNO menjalin hubungan dengan "bapak". Mana lebih teruk?
Najib jangan jadi munafik. Itu sahaja nasihat Tulang Besi pada beliau.- Tulang Besi
Sebelum 1948 PKM bukan pertubuhan haram
Ada antara kita barangkali yang terlupa atau tidak tahu bahawa PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang "sah" atau halal; bukan pertubuhan haram.
Meskipun sebelum tahun 1948 kebanyakan ahli dan pemimpin PKM memilih bergerak "di bawah tanah" dan hanya sebahagian saja yang mengenalkan diri secara terbuka, tetapi ibu pejabat PKM yang terletak di Kuala Lumpur adalah pejabat yang "terbuka" dan boleh dikunjungi oleh siapa saja.
Sebelum tahun 1948 juga anggota PKM tidak dimomokkan dan dilabel sebagai pengganas.Tidak ada istilah pengganas komunis sebelum tahun 1948
Anggota PKM atau orang-orang komunis hanya dimomokkan sebagai pengganas dan sebagai orang-orang yang anti-Tuhan atau tidak beragama selepas tahun 1948 sebagai perang saraf penjajah Inggeris untuk menumpaskan perjuangan PKM.
Kebetulan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua ideologi komunis (dan juga sosialis) adalah ideologi yang didukung oleh lebih satu pertiga penduduk dunia, khasnya rakyat di negara-negara yang dijajah oleh kuasa barat.
Komunisme adalah ideologi tandingan terhadap kapitalisme dan imperialisme dan merupakan senjata yang berkesan untuk menentang imperialisme barat.
Oleh itu, dalam konteks sejarah yang demikian, barangkali bukanlah satu perkara yang salah, dan bukan pula satu kebodohan, jika ada orang Melayu yang masuk menjadi ahli PKM dan mendukung ideologi komunis dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Kebetulan di Malaya ketika itu, PKM adalah kumpulan politik yang terkuat, yang mempunyai senjata dan mempunyai kemampuan untuk menentang penjajah Inggeris secara bersenjata.
Ini tentunya satu faktor lagi yang mendorong sebahagian orang Melayu, seperti bekas ahli API, AWAS dan PKMM yang tidak dapat lagi berjuang mengikut jalan damai, kerana parti mereka telah diharamkan, masuk ke hutan dan berjuang bersama-sama PKM.
Ini adalah fakta sejarah, dan tidak dimaksudkan untuk mengagung-agungkan PKM. pacarmerah.blogspot.com