ALLAH MAHA KAYA... di saat UMCO meracau di seluruh negara menuduh Mat Sabu Komunis kerana menganggap Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai hero maka ditakdirkan Pengerusi Perhubungan UMCO Johor juga selaku Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman turut mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah Ghani Othman menganggap Mat Indera sebagai Pengukir Nama Johor dan Tokoh Terbilang. Pujian MB Johor itu dibuat 2 tahun lebih dahulu dari kenyataan Mat Sabu. (Rujuk Sini)
Jika Mat Sabu dianggap komunis kerana membela Mat Indera maka Ghani Othman, UMCO Johor serta Kerajaan Negeri Johor itu sendiri adalah komunis juga!!!
Hari ini Pemuda PAS Kawasan Alor Setar (yang sentiasa ke depan dalam isu-isu semasa) mendesak Ghani Othman disiasat kemungkinan dia juga memperjuangkan komunis jika berdasarkan rumusan media-media talibarut BN, pemimpin UMCO, Perkasam serta lain-lain pihak yang mendakwa 'sokong Mat Indera automatik jadi komunis'.
Kita nak tengok lepas ni Ghani dan UMCO Johor nak jawab macam mana? Sementara kita tunggu jawapan-jawapan bodoh dari UMCO, Utusan Meloya dan TV3... maka bolehlah anda semua buat ramalan apakah jawapan depa nanti... keh keh keh. - Mat Kering Bakaq Bata