Sunday, August 21, 2011

Anak ZINA semakin bertambah di MALAYSIA


Ketika melihat berita akhbar hari ini hati begitu rasa gerun bila terbaca bagaimana sekolah hamil luar nikah terpaksa dibesarkan akibat masalah jenayah zina semakin meningkat. 
Kita yang mempunyai kakak, adik, anak, anak saudara dan sanak saudara perempuan akan bimbang bagaimana keadaan mereka jika pintu zina terus dibuka luas. Pencegahan daripada zina boleh dikatakan kosong apabila pintu zina semakin dibuka luas. 
Ingatlah kita tentang beberapa hadis nabi Muhammad s.a.w berkenaan bahaya jenayah zina. Sama-sama kita bersatu dalam memastikan pintu zina ditutup satu demi satu dalam menjaga maruah dan menjauhi bala Allah
Kehancuran bila semakin ramai anak zina
Sabda Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-
عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: ” Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).
5 Bala Bila Manusia Derhaka Allah
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain[2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.[5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
5 Tanda Qiamat
Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:
قال الرسول
e : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki

Asrama baharu untuk gadis hamil
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di
sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus
dapat menempatkan lebih ramai penghuni.

Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan
pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga
60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika
ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja
hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa
ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.

“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu,
ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59
bayi selamat dilahirkan.

“Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan
kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan
mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30
penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.

Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi
mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau
kerajaan Pusat.

Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya
dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan
agama dan bantuan kaunseling.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang
dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja
yang hamil luar nikah.

“Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima
lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing,”
katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...