Saya benar-benar hairan dengan tindakan segelintir manusia yang mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu(MPKB), menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Macam-macam alasan yang diberi.
Ada yang mempertikaikan dengan penuh emosi. Katanya, apa relevennya MB Kelantan diabadikan kepada nama jalan. Masya-Allah, kemajuan teknologi maklumat semakin menyerlahkan kemandulan akal bangsa Melayu yang majoritinya beragama islam. Tok Guru bukanlah merujuk kepada Tok Guru Nik Aziz, tapi ia merujuk kepada para ulama dan institusi pengajian agama islam di Kelantan. Dengan kata lain, ia turut merangkumi Tok Kenali, Tok Bachok ,Tok Selehor, Tuan Tabal dan ribuan ulama-ulama yang pernah lahir dan menyumbang bakti di bumi Kelantan.
Istilah Tok guru adalah satu gelaran untuk ulama di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Selatan Thailand( terutamanya wilayahPattani). Kalau di Indonesia, para ulama biasanya dipanggil Kiai. Di Afghanistan, Pakistan dan juga Iran para ulama di gelar sebagai Mullah. Jadi Tok Guru itu bukan bermaksud MB Kelantan, Cuma MB Kelantan itu adalah sebahagian daripada Tok Guru- Tok Guru yang wujud di Kelantan.Yang menghairankan saya, kenapa harus melenting dan melatah bila institusi ulama dimuliakan dengan diabadikan kepada jalan. Tapi dalam masa yang sama, kenapa tidak melatah apabila nama-nama artis –artis diabadikan pada jalan seperti Jalan P Ramlee.
Tok Kenali, salah seorang Tok Guru di Kelantan)
Ada juga yang mempertikaikan penamaan Jalan Tok Guru pada lokasi tersebut kerana di sepanjang jalan tersebut tidak pernah mencatatkan kemunculan institusi pondok. Ini kerana di institusi pondoklahlah gelaran Tok Guru digunakan bagi merujuk kepada tenaga pengajar utama di situ. Jadi, saya juga ingin bertanya, kenapa pula Jalan P Ramlee di abadikan di Kuala Lumpur, sedangkan semua tahu P. Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang dan terlebih dahulu mencipta nama dengan syarikat rakaman di Singapore. Kenapa ?
Bagi saya, tindakan menukar nama jalan pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru adalah satu langkah yang terbaik untuk mengembalikan jati diri anak-anak Kelantan. Anak-anak Kelantan perlu tahu, suatu ketika dahulu Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Makkah dan Negeri Tadahan Wahyu. Dari mana datangnya gelaran yang sebegitu hebat. Hanya tiga buah lokasi sahaja di Asia Tenggara yang mendapat gelaran yang sebegitu hebat, iaitu Acheh di Indoensia, Pattani di Thailand dan Kelantan di Malaysia. Gelaran ini bukan diberi oleh Sultan selaku pemerintah wilayah-wilayah ini tapi oleh orang ramai kerana lokasi-lokasi ini terkenal sebagai pusat pengajian islam yang terulung.
Di Kelantan, ribuan ulama dilahirkan dan puluhan institusi pondok didirikan untuk mentarbiyah penduduk agar mengenali Pencipta. Sampai hari ini boleh dikatakan hampir setiap daerah masih lagi mempunyai institusi pondok, malah daerah saya iaitu Bachok, memiliki dua institusi pondok, iaitu Pusat Pengajian Pondok yang lebih dikenali sebagai Pondok Moden Kandis (kelolaan YIK) dan pondok Kuin Pasir Jelawat. Cuma, yang terkenal ialah Pondok Pasir Tumboh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian. Info lebih lanjut tentang institusi pondok, sila lihat SINI .
Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui, daripada melatah kerana isu pertukaran nama jalan, lebih baik kita fokuskan kepada isu zakat berbaki kerana masalah pengagihan. Di Selangor sahaja, jumlah zakat yang tidak diagihkan( atau zakat berbaki) ialah sebanyak RM20.5 juta setahun. Malah dari tahun 2005 hingga 2010, terdapat hampir mencecah RM123.3 juta wang zakat yang tidak diagihkan. Tapi dalam masa yang sama berlambak golongan miskin di negara kita, lagi teruk hingga terpaksa mengemis simpati gereja. Dan,dalam masa yang sama, wang zakat yang berbaki itu digunapakai untuk membeli dan membina bangunan supaya lebih gah dan hebat. - bicaradariaku