Thursday, February 16, 2012

MB : Salahguna Tanah Punca SAP Holding Di Sita


Kerajaan Negeri tegas mengambil keputusan kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan guna pakai tanah di Selangor.


Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menjawab alasan mengapa Kerajaan Negeri bertindak menyita tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).

“Kerajaan Negeri jelas dengan keputusan ini, ramai pihak yang diberikan tanah untuk dibangunkan, namun mereka tidak mematuhi peraturan seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Sebagai contoh tanah yang diberikan untuk sektor pertanian maka mereka perlu membangunakan aktiviti bidang pertanian.

Khalid menambah, sekirannya mereka ingin membangunkan pembangunan komersil diatas tanah berstatus pertanian, maka mereka perlu menukar status tanah tersebut kepada tanah untuk pembangunan.

Kontroversi ini bermula apabila pemegang saham minoriti didalam SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) membantah langkah kerajaan negeri menyita tanah syarikat berkenaan.

Sebelum ini KHSM dilaporkan mengalami Kerugian tanah bernilai RM250 juta.

Tanah pajakan yang tamat tempohnya pada 25 Jun 2090 serta berkeluasan 234 hektar di Gombak itu di sita pada Ogos tahun lalu.

Namun pemegang saham SAP Holding yang juga merupakan pemegang saham terbesar dalam KHSB tidak menyedari perkara tersebut.

“Kerajaan Negeri terdahulu (Barisan Nasional) mengambil mudah perkara ini, kita lihat kesannya hari ini apabila kawasan perumahan terletak bersebelahan dengan kawasan kuari.

“Adalah lebih baik kerajaan negeri menyita tanah tersebut dan digunakan untuk kebajikan rakyat Selangor,”katanya. SK

http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/mb-salahguna-tanah-punca-sap-holding-di.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...