Najib akan buat p'raya awal bagi elak pergeseran Umno
Jan 11, 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-13 seawal Mac ini kerana sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu dan pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara berikutan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan Umno yang telah memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957 berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar yang menjanjikan pembaharuan besar-besaran.
"Fokus tidak sebegitu banyak ke atas Anwar sekarang tetapi kepada Najib. Beliau mesti terus bergerak dan memastikan Umno tetap setia kepadanya," kata seorang pegawai kanan Umno yang terlibat dalam perbincangan kepimpinan parti dan tidak mahu identitinya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.
"Saya melihat pilihan raya pada Mac, April, sebelum pemilihan Umno. Kegusaran terbesar Najib bukan pilihan raya umum tetapi pemilihan parti Umno kerana ada desakan di kalangan akar umbi Umno bahawa Najib terlalu berlembut ," kata pegawai itu.
Sebuah akhbar bahasa Melayu yang berkait dengan Umno juga melahirkan kebimbangan itu, apabila sehari sebelum mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, mempertikaikan kewajaran polis membenarkan penyokong pembangkang berhimpun di luar mahkamah.
"Lebih baik untuk jadi jahat, budak nakal sering dapat perhatian dan layanan yang baik," katanya.
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib membubarkan Dewan Rakyat tahun ini. - Reuters