Tuesday, January 10, 2012

Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang Melayu

Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang MelayuJika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin.

Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa.

\Walaupun mereka yang menyokong UMNO tidak mempedulikan PERKASA dan menganggap mereka sebagai orang tua yang berlagak seperti badut yang gemuk. Di Kelantan, Ibrahim Ali dikenali sebagai ahli parlimen bebas di Pasir Mas. Menurutnya, PERKASA ditubuhkan berikutan kemelut politik mengenai hak sama rata dan meritokrasi selepas pilihan raya umum 2008 semasa UMNO kehilangan banyak kerusi bagi memerintah kerajaan persekutuan.

Jaguh politik yang gagal mendapatkan sokongan orang Melayu

Ibrahim terlebih dahulu bertanding di bawah tiket PAS tetapi mengisytiharkan dirinya sebagai bebas selepas menang dan akibatnya disumpah seranah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana menipu dan bersikap opportunis. Ibrahim boleh dikatakan sebagai jaguh politik yang terlebih dahulu dibuang dari UMNO. Terasing tanpa teman seperjuangan, PAS lah yang memberi peluang terakhir baginya.

Walaupun mendakwa sedemikian, idea untuk menubuhkan perkasa bukanlah sebenarnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu tetapi untuk memberi dirinya peluang untuk berada di khalayak ramai dan sentiasa relevan. Jika tidak, dirinya sudah pasti hilang di persada politik. Juga, mereka juga adalah ‘tukang karut’ untuk UMNO. Bosan dengan Pemuda UMNO yang sudah hilang taringnya dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin, pemimpin parti veteran seperti Mahathir juga menggunakan PERKASA, sayap pelampau mereka yang rasis.

Ahli PERKASA yang terdiri daripada orang UMNO yang diakui oleh Ibrahim Ali dalam sebuah temuramah dengan media online. “Beberapa orang ahli parlimen dan ahli majlis tertinggi UMNO,” kata Ibrahim dengan nada berlagak sambil menolak untuk untuk memberi nama mereka kecuali Mahathir Mohamad, penaung PERKASA. Ramai juga adalah bekas tentera dan penjawat awam dari bahagian teknikal sehinggalah pengkeranian. Ada juga sebilangan kecil merupakan ahli PAS dan PKR.

“Saya juga tidak sangka akan sambutan ini kerana saya tidak meletak target untuk keahlian. Ia jauh melepasi jangkaan saya,” dia dilaporkan berkata.

Memang sepatutnya dia terkejut kerana telah menjangkakan sambutan yang lebih. Sebenarnya, dia mengharapkan semua orang Melayu untuk menyokong PERKASA tetapi hanya mampu mendapat sebilangan kecil sahaja yang berada dalam situasi serba salah kerana mereka juga penyokong dan terlibat dalam parti politik.

Si Penaung Mahathir juga dibenci orang Melayu

Mahathir, bekas perdana menteri, menulis dalam blognya; apa jua perasaan UMNO,

saya telah memutuskan bahawa NGO ini berkemungkinan akan menjejaskan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang jika mereka mahu. Jadi, saya sudah nekad untuk bersama PERKASA untuk memastikan mereka tidak beralih kepada pembangkang. Saya jamin, PERKASA menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang.

Walaupun begitu, sokongan dari Mahathir dan bekas ketua polis Rahim Noor tidak boleh meyakinkan orang Melayu bahawa PERKASA bagus buat mereka. Ramai yang masih menjauhkan diri dari PERKASA.

Kenapa? Adakah kerana orang Melayu tidak begitu pedulikan Mahathir dan juga Rahim Noor?

Jujurnya, Melayu sudah ada UMNO, PAS dan PKR jika berminat. Dalam pada itu,

selain Barisan Nasional, mereka juga ada Pakatan Rakyat sebagai alternatif; jadi mereka sudah mempunyai pilihan.

Sifat Melayu dan kenapa PERKASA dipinggirkan

NGO juga berbeza daripada parti politik. NGO seperti PERKASA hanya mampu menyalak tapi tidak menggigit. Selain daripada itu, PERKASA juga dilihat sebagai perkauman dan nasionalis Melayu yang melampau- yang bukan merupakan nilai budaya orang Melayu.

Sebelum merdeka lagi, Melayu sudah boleh menerima pendatang Cina dan India. Orang Melayu juga telah membiarkan pendatang ini bersetinggan di tanah mereka dan membina rumah, bercucuk tanam dan membela ayam dan itik. Orang Melayu sememangnya baik hati dan bersopan santun. Jadi, cara dan pendirian yang digunakan oleh Ibrahim Ali dan PERKASA tidak memberi kesan yang baik kerana ia amat asing bagi orang Melayu.

Orang boleh berkata bahawa Melayu tidak semuanya bersopan santun kerana pada masa demonstrasi menentang pembentukan Malayan Union pada tahun 1950-an, ramai Melayu yang menyertainya. Walaubagaimanapun, mereka bukan disana untuk berdemonstrasi. Sedihnya, mereka datang kerana dijanjikan wang. Wang adalah sebabnya kerana mereka sangat miskin.

Masih miskin

Kesnya sama juga sekarang. Majoriti orang Melayu masih miskin. Jadi, selepas 54 tahun memerintah dan memperjuangkan orang Melayu, UMNO masih belum membangunkan komuniti ini, apatah lagi PERKASA?

Orang Melayu tidak berminat pada cakap-cakap kosong, slogan, ugutan dan teriakkan. Namun, ini sahajalah yang mampu dibuat UMNO dan PERKASA. Orang Melayu mahukan jawapan. Mereka mungkin miskin, tapi bukan dungu. Orang Melayu sudak muak dengan UMNO dan PERKASA dan lebih muak lagi apabila tiada apa yang dijanjikan telah dikotakan atau membuahkan hasil.

PERKASA mungkin boleh membantu jika ia menyoalkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk orang Melayu, dan bertanya juga mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja, menteri UMNO dan orang UMNO sahaja yang kaya raya. Kumpul semua kemungkinan dan siasat untuk pembaikan, bukan hanya memilih siapa yang patut kerana hanya talibarut UMNO sahaja yang akan berbuat begitu.

\PERKASA hanya menyalahkan orang lain atas masalah yang dihadapi orang Melayu, dan meminta supaya orang Cina dan India untuk balik ke Negara asal dan meminta agar kerakyatan mereka dilucutkan dan memberi tekanan kepada mereka dari segi kaum dan agama. Contoh terbaru adalah pertikaman lidah antara Ibrahim Ali dan Rev Eu Hong, dimana PERKASA dan Ibrahim Ali terutamanya, telah memalukan nama baik orang Melayu.

Bilakah Ibrahim Ali akan sedar dan bangun dari mimpi buruk ini. Dia tidak sedar bahawa dia gagal untuk mengumpul sokongan orang Melayu dan membawa mereka untuk berhimpun menentang perhimpunan 9 Julai, bermaksud, PERKAS bukan sahaja tidak relevan kepada orang Melayu, tapi dia, Ibrahim Ali juga pembawa sakit. - Malaysia Chronicle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...