Friday, January 20, 2012

Mahkamah Rayuan batalkan pembebasan Karpal, arah pembelaan isu hasutan


PUTRAJAYA, 20 Jan — Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.



Dalam penghakiman selama dua jam itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Maarop bersama Datuk Clement Alan Skinner dan Datuk Mohamad Apandi Ali berkata rayuan itu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Karpal, Pengerusi Kebangsaan DAP.

Beliau memberitahu mahkamah keputusan itu dicapai sebulat suara dan mengarah Karpal untuk membela diri. MI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...