Thursday, January 5, 2012

Akta Perhimpunan Aman lebih teruk dari kuku besi

Pelajar mendakwa polis paksa mereka bohong setelah meleraikan protes dengan zalim
Pelajar mendakwa polis paksa mereka bohong setelah meleraikan protes dengan zalim 


Dalam keadaan rakyat Malaysia marah pada polis, mereka telah menggunakan kekerasan dalam meleraikan protes yang menyaksikan 17 orang pelajar ditahan dan dua lagi dipukul dengan teruk malah salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan koma.


Khabarnya polis juga telah cuba menyembunyikan kebenaran disebalik keganasan yang telah menyebabkan mereka yang ditahan untuk membuat kenyataan bahawa kecederaan yang dialami adalah disebabkan terjatuh dan bukan dipukul. Ini memberi lebih tekanan kepada kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ini bukanlah pertama kali PM Malaysia telah tersilap langkah dalam menangani kes sensitif seperti ini. Semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, Najib telah menjadi perhatian dalam dan luar Negara akibat menangani prostes aman dengan zalim.

"Ini membuktikan perlunya kerajaan pada Akta Perhimpunan Aman. Selepas perhimpunan 9 Julai, Najib takut pada sebarang protes yang menunjukkan penentangan terhadap kepimpinan beliau, oleh itu Rang Undang-Undang bagi mengetatkan kawalan perhimpunan aman, sememangnya sudah dijangka, anehnya nama akta ini sepatutnya memberi lebih banyak kebebasan berhimpun secara aman," Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Satu lagi perhimpunan “haram”

Walaupun telah banyak berjanji, Najib serta parti Umnonya telah mengetatkan kawalan terlebih dahulu sebelum pilihan raya umum yang mungkin diadakan di Malaysia dan berkemungkinan besar menyaksikan perubahan drastik yang pertama dalam kerajaan sejak 5 dekad yang lalu.

Akhbar arus perdana yang dikawal oleh kerajaan telah melabel pelajar sebagai melakukan "perhimpunan haram", manakala Ketua Polis Perak Mohd Shukri Dahlan menafikan dakwaan bahawa dua pelajar cedera selepas diserang oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Shukri berkata, kecederaan yang dialami dua pelajar adalah disebabkan mereka dipijak dan bukanlah dipukul seperti yang didakwa.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU yang bertugas tetapi hanya anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Tanjung Malim," katanya pada sidang akhbar pada hari Ahad.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada malam Tahun Baru. Ia diadakan untuk membantah Akta Kolej Universiti 1971, yang melarang pelajar daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik, dan juga untuk membantah tindakan tatatertib UPSI terhadap pemimpin pelajar Adam Adli kerana menurunkan bendera wajah Najib untuk meluahkan rasa tidak puas hati pelajar kepada AUKU.

Akta Perhimpunan Aman lebih teruk dari kuku besi

Sementara itu, mengulangi dakwaan serangan terhadap pelajar adalah tidak benar dan berusur fitnah, Shukri menegaskan polis pada mulaannya telah cuba menasihati kumpulan itu dan memberikan mereka 30 minit untuk bersurai tetapi pelajar tidak mempedulikan nasihat itu dan menjadi lebih agresif pula.

"Mereka kemudian mara dan terus berbaring di jalan raya untuk mengganggu lalu lintas. Polis terpaksa bertindak untuk memastikan keselamatan awam tetapi ia tetap dijalankan mengikut peraturan. Mereka kemudian berlari ke klinik yang berdekatan dan menyebabkan kerosakan kepada premis. Polis menahan 17 orang pelajar, "kata Shukri, Dengan memanggil perhimpunan itu sebagai haram dan SMM sebagai sebuah persatuan yang tidak sah.

Berdasarkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, yang digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Najib walaupun bantahan terhadapnya meluas, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi rakyat untuk berhimpun atas apa jua sebab tanpa memohon permit polis. Rang Undang-Undang ini juga memperuntukkan hukuman yang berat bertujuan untuk mengelakkan perhimpunan daripada berlaku.

Semua pelajar, berusia antara 19 dan 24 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27 (5) Akta Polis. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis tetapi siasatan akan tetap dijalankan terhadap mereka.

"Ini menekankan kenapa Undang-Undang Perhimpunan mesti dimansuhkan seperti ISA. Ia sebenarnya adalah alat untuk merampas hak rakyat dengan mengenakan hukuman berat pula," selar Jui Meng.

Deklarasi palsu- jatuh, bukan dipukul

Sementara itu, pelajar-pelajar yang memprotes menyelar polis kerana memutar belit "kebenaran" dan mendakwa perhimpunan mereka sebagai ganas apabila polislah yang sebenarnya menimbulkan kekeliruan dan yang mula memukul mereka tanpa sebab.

Salah seorag daripada 17 pelajar yang ditangkap berkata beliau telah diminta untuk menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa dia mengalami kecederaan akibat dari terjatuh. Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), berkata bahawa beliau telah diminta untuk menandatangani dokumen itu selepas seorang jurugambar polis mengambil gambar-gambar dia di hospital.

Beliau telah melaporkan perkara itu kepada Presiden SMM Ahmad Syukri Abdul Razab dan peguam hak asasi manusia N Surendran. "Setelah mengambil gambar, anggota polis meminta Safwan untuk menandatangani borang yang menyatakan bahawa, 'Mangsa jatuh semasa kejadian'," Surendran, yang juga naib presiden PKR, memberitahu pemberita.

Malaysia Chronicle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...