Thursday, December 29, 2011

Sharizat Wanita degil keras kepala dan Najib yg Malang

Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menangSeperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menang

Senator Umno Shahrizat Jalil adalah seorang wanita yang sedang berada dalam keadaan kecewa dan marah. Dalam keadaan ini seseorang boleh bertindak mengikut perasaan. Ini biasanya berlaku apabila sesuatu musibah berlaku.

Apabila suaminya Salleh Ismail serta anak-anak telah dianugerahkan projek NFC bernilai RM250 juta itu, prospek diberikan amanah menjaga sejumlah wang yang sangat besar amatlah berat. Kelaurga Shahrizat sememangnya tidak menduga untung yang mereka dapat – ia umpama telah menangi wang loteri yang amat banyak.

Sapu habis?

Sejurus selepas itu, tanpa banyak berfikir suaminya bergegas mewujudkan pengurusan pasukan yang dengan sepantas kilat terdiri daripada anak-anaknya. Walhal, mereka terlupa bahawa mereka tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan pun seumur hidup mereka , waima menjual nasi lemak di bahu jalan ! Tanpa ragu-ragu, Ismail Salleh sepatutnya melantik Ketua Pegawai Eksekutif profesional yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengurus operasi NFC dan bukan cuba untuk menjalankannya sendiri.

Walau bagaimanapun melihat struktur yang sedia ada pada NFC dan kawasan penternakan itu, Salleh sememangnya telah mendapatkankhidmat beberapa perunding untuk menubuhkan projek itu tetapi hanya untuk sementara waktu. Dia mungkin bimbang akan terpaksa membayar mereka wang yang banyak. Pasti dia telah menjadi tamak. Mengapa tidak "sapu habis" atau menyapu bersih pinjaman RM250 juta kerajaan itu untuk menjalankannya sendiri?

Disinilah dimana segalanya bermula. Daripada menumpukan perhatian kepada pembangunan ladang-ladang satelit untuk Perbadanan Fidlot Nasional, yang bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan daging lembu yang murah harganya, beliau mula mencari jalan untuk membawa wang itu keluar. Pada fikirannya NFC itu tiada kena mengena dengan dirinya, dan dengan apa-apa cara pun, wang itu mesti dimiliki oleh keluarganya. Inilah caranya untuk 'melindungi' keluarganya.

Dan sepertimana yang kita sudah tahu, selebihnya sudah menjadi sejarah.

Nasib malang

Bagi Shahrizat, dia sama ada tidak sedar langsung atau benar-benar yakin bahawa musibah itu tidak akan terdedah dan mengapa tidak? Ini adalah kerana NFC tidak pernah diaudit sejak penubuhannya sehingga 2010. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin UMNO dan kenalannya, keseluruhan skandal masih boleh disembunyikan. Tetapi nasib tidak menyebelahinya seperti yang kita semua tahu sekarang.

Semua pemimpin UMNO tahu bahawa skandal ini akan menjejaskan UMNO dan ramai berpendapat bahawa UMNO mesti memutuskan hubungan dengan Shahrizat secepat mungkin tanpa mengira apa pun.Shahrizat tidak berkata benar dan tidak memberitahu mereka sejauh mana parahnya keadaan di NFC, ia seperti tidak dapat dielakkanakan dan bakal ada lebih banyak lagi pembongkaran yang akan diketahui. Kedua,dengan PRU ke-13 yang begitu dekat, dan kedua-dua belah bahagian parti bertungkus –lumus untuk pemilihan, ia adalah mustahil untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat.

Tambahan pula, dengan perbalahan dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, tidak mungkin ramai yang akan membela Shahrizat . Kebanyakan penyokong-anaknya sudah menjauhkan diri dari dia. Bagi mereka, masanya sebagai seorang ahli politik sudah tamat. Skandal terbaru melibatkan Awang Adek, yang didapati telah menerima wang yang juga diakuinya, sudah mula terbongkar. Malah apabila ia meletus nanti, ia tidak akan dapat menyelamatkan Shahrizat dari dibuang dari dunia politik mahupun keluarganya dari pemerhatian rakyat dakwaan atas salah laku.

Wanita degil keras kepala

Walaupun cuba diselindung, sebab utama untuk masalah ini adalah perbalahan dalaman UMNO di peringkat tertinggi dan Shahrizatlah yang akan menjadi si kambing hitam .

Selepas enggan mempedulikan nasihat untuk meletak jawatan, ternyata Shahrizat akan terpaksa untuk berbuat demikian dan dengan cara yang mungkin teruk atau lebih dramatik daripada yang dijangkakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhenti dari mempertahankannya, dengan hanya menyatakan bahawa dia belum menerima surat meletak jawatan dari Sharizat dan bahawa dia telah mengarahkan SPRM untuk melakukan siasatan besar-besaran ke dalam NFC.

Namun, Shahrizat adalah seorang wanita yang degil dank eras kepala. Tidak mahu dikalahkan oleh musuh-musuhnya dalam parti sendiri. Malah, dia bertekad untuk menjatuhkan mereka juga jika mereka terus memberontak.Ini adalah jelas kerana baru-baru ini dia mendakwa, tunjukkan mana pemimpin BN yang tiada masalah. Ini bukanlah cakap-cakap sahaja tetapi ancaman sebenar kepada musuhnya. Sebenarnya, Shahrizat mungkin telah menerima tekanan jauh lebih banyak daripada apa yang didakwa keatasnya.

Bagi pihak yang satu lagi, SPRM - yang berat sebelah, seperti biasa -telah membuat pusingan U secara tiba-tiba dengan mengumumkan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam serbuan besar-besaran setelah serbuan besar-besaran pada NFC yang mendapat publisiti itu. Ia memang bertujuan untuk memalukanShahrizat dan terus memaksanya meletakkan jawatan.Tetapi ia juga cara Najib menyelamatkan diri sendiri. Malah, ramai mengesyaki Najib telah memainkan peranan dalam mendedahkan Shahrizat untuk mengimbangi kuasa-kuasa dalam Umno ini termasuk puak Mahathir Mohamad dan kumpulan Muhyiddin Yassin.

Tiada pilihan terpaksa bertindak

Shahrizat tiada pilihan tetapi terpaksa berjuang untuk pilihan raya umum seperti yang dirancang sebelum ini tetapi menentang puak Najib – yang dikatakan termasuk Raja Nong Chik yang nampaknya cenderung untuk menjatuhkan keluarga Sharizat. Ketua Wanita UMNO terperangkap bersama keluarganya, reputasi mereka, impian perniagaan dan semua yang mereka telah korbankan, usahakan nampaknya telah diburuk-burukkan dan dipijak-pijak dikhalayak ramai.

Namun Sharizat sepatutnya lebih memahami mainan politik UMNO. Lihatlah bagaimana Mahathir ‘menyelesaikan’ masalah ketua pemabangkang, Anwar Ibrahim. Juga, perhatikan bagaimana Najib yang dahulunya meletakkan dirinya sebagai orang kanan Anwar yang pada masa itu timbalan perdana menteri yang cuba mencabar Mahathir yang menikamnya dari belakang dengan membuat sandiwara Liwat pada tahun 1998 yang kembali semula pada tahun 2008.

Sharizat sudah ditinggalkan oleh penyokongnya yang pasti sudah beralih ke pihak yang satu lagi untuk mendapatkan kesejahteraan karier politik mereka sendiri. Tindak balas dalam UMNO yang sebegini telah bermula dan nampaknya sayap Wanita adalah yang pertama akan tumbang sebelum semua sayap yang lain hancur dek korupsi yang sudah menjadi periuk nasi mereka.

‘Datuk yang akan betulkan’ muncul lagi

Tiba-tiba, media BN menyebarkan berita tentang seorang Datuk yang terlibat dalam menjadi boneka skandal NFC. Dia yang juga cuba merasuah pihak SPRM adalah seorang kambing hitam yang kebiasaannya akan muncul dalam sandiwara UMNO. Ada beberapa sebab kenapa si Datuk muncul dalam skrip UMNO ini.

Dia mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan pihak Najib dan bukan penyelamat Sharizat serta keluarganya. Ada kemungkinan, dia akan digunakan untuk memberi keterangan untuk mensabitkan Sharizat serta keluarganya jika Sharizat dan keluarganya tidak memberi kerjasama. Mereka bersedia untuk melakukan apa saja untuk menjatuhkan Sharizat.

Sememangnya ini semua untuk menyelamatkan UMNO, tapi jika ini benar, orang SPRM sepatutnya menjalankan siasatan terhadap Najib yang sememangnya bergelut skandal dan juga Mahathir dan juga penyokong setianya Rafidah Aziz.

Satu perkara yang penting adalah mereka yang tidak berpihak kepada Najib yang akan cuba untuk menyebelahi Sharizat untuk menarik Najib sekali. Ini adalah sesuatu yang harus PM yang agak lembap ambil perhatian.

Seakan-akan filem “Ransom” Mel Gibson

Dalam keadaan yang terdesak untuk menyelamatkan suami dan anak-anak, Sharizat cuba untuk mempelawa sesiapa saja untuk memberi sokongan padanya. Malah, lebih ramai, lebih baik. Dia mungkin akan mendapat kelebihan berbanding Najib sendiri.

Ini mungkin ada persamaan dengan filem lakonan Mel Gibson, “Ransom” dimana dia telah menawarkan wang ganjaran lebih banyak kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua penculik anaknya. Sharizat akan menggunakan semua kuasa yang ada pada dirinya dan orang dalam untuk menggertak musuh Najib dan pihak pembangkang untuk menang dalam pergelutan ini. Perlu diingatkan bahawa Sharizat bukan sahaja berjuang demi karier politiknya, dia juga ibarat harimau betina tercedera yang dan cuba melindungi anak-anaknya dari bahaya.

Bagi Najib pula, dia akan berada dalam situasi yang agak tidak menentu.

Sekali lagi, dia telah membuktikan dirinya bodoh. Sekarang, ada kemungkinan dia akan merasa tekanan berbanding Sharizat. Jika dia kalah dalam perebutan kuasa ini, dia akan menjadi sejarah seperti UMNO juga. Ia akan menjadi kesempatan terakhir buat ahli UMNO yang jemu dengan kepimpinannya yang lemah dan tidak berpendirian tetap. Agak mustahil jika musuhnya untuk tidak mengambil kesempatan yang diadakan oleh Najib sendiri. Satu lagi tindakan bodoh oleh personaliti angkuh ini.

Najib yang malang- lagi kutukan

Mereka yang bersimpati dengan Najib akan memujuk diri mereka dengan menganggap Najib seorang yang tidak bernasib baik. Di sebalik skandalnya dan yang dibuat oleh isterinya sendiri, Najib telah dapat bertahan.

Dalam skandal NFC pula, apabila dia cuba membongkar perbuatan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi, ketua pemuda,

Khairy Jamaluddin dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dalam kesilapan memberi projek ini kepada keluarga Sharizat, rupanya ia telah memakan dirinya sendiri.

Jika tidak diselesaikan secara berhemah dengan sikap bertolak ansur, Sharizat berkemungkinan akan memusnahkan karier politik Najib. Jika tidak, Sharizat akan mengamuk dan si tertekan, Najib akan bergegas untuk menyelamatkan keadaan sebelum menjadi bertambah buruk dan akan kehilangan sokongan orang UMNO.

Nampaknya, dia sudah kalah dan akan dipaksa untuk menutup malu. Ternyata, Sharizat akan dipaksa meletak jawatan tapi masih boleh menyelamatkan anak-anaknya.

Keseluruhan skandal telah tidak boleh dikawal lagi. NFC bukan sahaja mengugat NAjib tapi menarik UMNO ke bawah sekali. Najib mesti ada pelan B. Mungkin dia sudah ada tapi persoalannya adakah ia akan berhasil dan lebih baik dari pelan A?

Pelan B
Ada yang mendakwa “Datuk” merupakan pelan B. Jika benar, ia sudah gagal. Sebaik sahaja keluar laporan mengenai Datuk ini, ramai terkenang semula skandal yang ditimbulkan oleh Datuk T, ternyata mencurigakan dan aneh. Dia akan menjadi korban Sharizat dan keluarganya, wayang NFC, Najib dan UMNO. Seperti Altantuya, si bernasib baik dan tidak baik (bergantung kepada dari sudut mana yang dilihat) “Datuk” ini akan ‘di C4’kan juga nanti.

Sudah pasti, seekor kambing hitam sahaja tidak cukup untuk menyakinkan semua rakyat. Rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa Kementerian Kewangan dan kementerian yang lain akan diperangkap sama sebagai saksi atau kambing yang bakal dikorbankan. Sudah ada pun 27 orang didalam senarai mereka. Ini sememangnya kerja puak elit UMNO yang terperangkap dalam dunia mereka yang bergelumangan dengan dosa dan nista tapi masih boleh berada dalam keadaan selesa bila mana rakyat terpaksa melepaskan diri dari rantaian keji dan penindasan yang membelenggu itu. Malaysia Chronicle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...