Monday, December 5, 2011

Ada KOMUNIS rupanya dalam PAU 2011,kenapa Umno dan Perkasa tak report polis?

Parti-parti komunis dijemput ke Perhimpunan Agong Umno 2011
TENTU anda masih ingat bagaimana Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS diserang pagi petang siang dan malam hanya kerana sepotong ayat "Mat Indera hero sebenar...".

Media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin memutar belitkan cerita pagi petang siang malam kononnya Mat Sabu menyokong komunis.

Perkasa dan Umno pula membuat laporan Polis beramai-ramai untuk menghangatkan lagi cerita ini. Macam-macam jenis orang ditemubual untuk memburuk-burukkan Mat Sabu yang kononnya menyokong komunis.

Sifirnya mudah, isu kecil ini sengaja dijadikan isu nasional supaya orang kampung ayam itik lembu dan kambeng dapat diperbodohkan. Mereka mahu ayam itek lembu dan kambeng benci dengan Mat Sabu.

Tapi rupa-rupanya mereka buat perkara yang lebih dahsyat dari itu. Mereka siap jemput parti-parti komunis dari China dan Cuba ke Perhimpunan Agong Umno 2011 [Utusan].
Ini namanya kerja orang gila! Hanya kerana sebaris ayat "Mat Indera hero sebenar...", beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Dalam hal ini, kenapa Umno dan Perkasa tak report polis?

ReJaM© "Ini namanya muncung berkokok, ekor bergelumang tahi..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...