Dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata: "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas" ("Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas").
Dalam posting bertajuk "Najib tidur dalam sidang sambil Rosmah berbelanja sakan?"saya kata, Malaysiakini 3/11/11 melaporkan penafian dalam berita bertajuk "'Najib's daughter wasn't in Perth for CHOGM'". Baguslah hantar surat kepada NST. Kepada akhbar Australia yang siar cerita tu tak hantar? Apa barang setakat penafian tak ada kelas macam tu. Si bongok sahaja yang percaya penafian tu. Saman la akhbar Australia tu. Ada beran? i doubt they would accept the challenge!!
Najib kata, "anak perempuan saya tidak berada di Australia". Nak tumpang tanya sikit, gambar anak siapa di bawah di sebelah Rosmah? Gambar tu gambar di mana? Saya benar-benar berharap Najib tidak berbohong ketika dipublisitikan mengerjakan haji di Mekah. Harap sangat.
Dua keping gambar di bawah membuktikan bahawa kedua-dua orang yang Najib Altantuya nafikan adalah orang yang sama!
Gambar pertama adalah semasa anak Najib Altantuya baru bertunang dengan anak presiden Kazakhstan yang bernama Daniyar Nazarbayev.
Sementara gambar kedua adalah semasa majlis barbeku di Perth untuk rakyat Malaysia dan pegawai kedutaan di seluruh Australia.
Perhatikan bentuk senyumannya dan raut wajahnya, kedua-dua gambar jelas menunjukkan ia adalah Nooryana Najwa!
Walaupun rambutnya telah dipotong pendek akan tetapi raut wajah dan senyuman tidak mampu menipu fakta bahawa Nooryana memang ada dalam rombongan ke Perth!
Najib Altantuya boleh suruh Utusan Meloya dan TV3 suku menipu tetapi The West Australian tidak boleh menipu rakyat Australia sendiri.
Integriti dan kredibiliti akhbar menjadi taruhan, dan ia jelas menunjukkan bahawa pendedahan The West Australian sebenarnya berasas.