Thursday, September 1, 2011

54 Thn MERDEKA (II) : Antara Pejuang, Tali Barut dan Nakhba Malaysia

Tiada kaitan dengan kenyataan pemimpin pembangkang..memang sejak dahulu apabila membaca kisah Leftenan Adnan di Singapore saya sendiri berfikir; mengapa orang melayu berperang menentang Jepun? apakah Jepun memusuhi melayu atau memushi British dan cina? apakah itu agenda perjuangan melayu atau itu agenda British?


Slogan Jepun Asia untuk orang Asia..Jepun tidak memusuhi melayu tetapi memusuhi British..juga memusuhi bangsa cina disebabkan persengketaan mereka. Jika Jepun berkuasa di Singapore dan Tanah Melayu, pasti British dan cina akan terusir dari Singapore dan Tanah Melayu..

tapi orang melayu mempertahankan kubu British kerana orang melayu menjadi tentera British..sebelum kemerdekaan kita, polis dan tentera hakikatnya benteng British..maka, persoalan kita ialah apakah orang melayu yang berada dalam tentera British itu boleh juga dianggap pejuang tanahair, ataupun pejuang bangsa melayu atau hanya seorang anggota tentera British? 

Inilah persoalan yang sedang dinilai dan difikir untuk melihat isu ini..jika mereka boleh diiktiraf atas alasan tertentu, maka mereka patut disanjung sebagai pejuang tanahair..jika tidak, maka sebaliknya - Dr Maza 
..adapun komunis berada di bawah 2 penilaian..


pertama: mereka yang dituduh komunis semasa British kemungkinan mereka memang komunis, atau kemungkinan juga mereka pejuang kemerdekaan yang menentang British tetapi tidak menganut ajaran komunis cuma mendapat bantuan senjata dari pihak komunis.


kedua: mereka yang terlibat dengan komunis selepas 31 Ogos 1957; mereka ini memang penderhaka kepada sebuah negara yang merdeka. Dr Maza
..ada kemungkinan tindakan orang-orang melayu yang menjadi tentera dan polis British boleh justifikasikan atas beberapa alasan;


i. desakan hidup ketika itu..mencari rezeki
ii. strategi tertentu
iii. meminimakan mudarat seperti antara dua penjajahan Jepun dan British, mereka pilih British.
iv.tiada kesedaran yang diberikan


cumanya ada beberapa persoalan yang sejarah sukar maafkan mereka, jika;


i. mereka membantu British menangkap para pejuangan kemerdekaan yang menentang penjajah British.


ii membunuh para pejuang yang menentang penjajahan British.
barisan tentera yg terlibat dalam serangan pembunuhan terhadap Tok janggut dan pejuang-pejuang Muslim bersama beliau. di baris hadapan, askar British. dibahagian tengah, askar sikh dan dibahagian belakang adalah orang melayu (barua British)... IAR
begitu sadis tindakan British lakukan terhadap Tok Janggut. Mayatnya digantung dan diarak dengan tujuan hendak memalukan pejuang Muslim yang pertahankan hak rakyat muslim yg majoritinya berbangsa melayu ketika itu.. tiba2, yg terlibat sama dalam melakukan penghinaan terhadap jenazah Tok Janggut ini adalah orang melayu yang menjadi barua British.... mungkin barua British ini yang mahu dipertahankan oleh UMNO?IAR

Mayat Tok Janggut Yang dibunuh British... {Baca SINI]- IAR
 
Askar British berehat sekejap setelah penat melakukan serangan yang mengakibatkan pembunuhan Tok janggut... apakah orang melayu (barua British) tidak terlibat dengan pembunuhan Tok Janggut?IAR

Bukit Kepong: Serangan terhadap British
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.

Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.

Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.

"Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi.

Utusan dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis yang menyerang Bukit Kepong adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Turut mengecam Mohamad termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis kemudiannya menafikan perkara itu dan mendakwa kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif sebab itulah sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.

"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British.

"Cuma Umno tidak sedar mereka adalah "radio buruk" hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya. 



Baca Artikel Dr Maza
1. Merdeka: Antara Penghayatan dan Acara Tahunan

Juga :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...