Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam.
Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam.
Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah. Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu. Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia :
1. Membantah arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh .
Arahan ini selari dengan syarak kerana Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah arahan berkenaan sedangkan mereka sendiri tidak berjamaah di masjid apabila kedengaran azan.
MALAH ada diantara mereka yang hanya ke masjid untuk sembahyang Jumaat sahaja.Itupun kadang-kadang tunggu 3 kali Jumaat baru sembahyang Jumaat takut dicop munafik.
LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka yang tidak bersolat lima waktu pun.
2. Membantah wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid dan surau di Selangor untuk memberi sumbangan dan menyampaikan ucapan
Ratu Elizabeth dan Putera Philip disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (sekarang Sultan Selangor) semasa tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. |
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau.
MALAH ada diantara mereka tidak pernah menjejak kaki ke program - program agama yang diadakan di masjid dan surau.
LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka bertindak menghalang kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid dan surau.
3. Membantah wakil rakyat perempuan bukan Islam mengadakan aktiviti senamrobik di perkarangan masjid di Selangor
Program senamrobik tidak mencemarkan kesucian masjid memandangkan diadakan di luar masjid. Orang bukan Islam dikehendaki memakai selendang atau tudung kepala semasa berada di dalam masjid bukan di luar masjid.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan isteri dan anak mereka berpakaian tidak menutup aurat, tidak bertudung dan berpakaian ketat dan sendat.
MALAH ada di antara isteri dan anak mereka yang tidak menutup aurat semasa memasuki masjid.
LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka menganjurkan program di dalam masjid dengan orang perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian ketat serta berlaku pergaualan bebas lelaki dan perempuan.
4. Membantah wakil rakyat bukan Islam di Selangor dan Perak membaca al-Quran dan terjemahan al-Quran
Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.
Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak membaca ayat suci al-Quran.
MALAH ada diantara mereka yang tidak mahu mempelajari kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui kuliah-kuliah yang diadakan di masjid dan surau.
LEBIH TERUK lagi, mereka sanggup mempersendakan hukum-hukum dalam al-Quran contohnya, hukum potong tangan menyebabkan ramai orang Islam tidak tangan, ikut hukum Islam negara tidak maju dan banyak penghinaan lagi.
5. Membantah tindakan kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka kepada bukan Islam di bulan Ramadhan
Kerajaan Kedah hanya melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 12 Februari 1998. (Baca SINI) Namun sehingga pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan mampu laksanakan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri adalah pengunjung pusat-pusat hiburan selain dari orang bukan Islam.
MALAH ada diantara mereka menjadi pengunjung tetap yang berpoya-poya dan minum arak dalam pusat hiburan.
LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka sanggup ke Danok dan Hadyai serta Genting Highlands untuk berjudi , melangan pelacur dan minum arak.
Tulahan: Pejuang Islam ini hanya muncul di negeri diperintah bukan BN. Jika Islam dicemar, dihina, dimurtad di negeri BN . Pejuang Islam palsu ini tidak pun muncul.