Saturday, February 4, 2012

Najib masih guna khidmat pegawai Israel- Tian Chua

Tindakan pemimpin Umno bersama media kawalannya memainkan isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel menyerlahkan sikap hipokrit mereka, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ini kerana menurut Tian Chua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat seorang pegawai Israel bernama Paul Stadlen, sebagai pegawai media.

Beliau difahamkan sehingga kini, Paul Stadlen – bekas Pengarah Urusan APCO di Malaysia- masih berkhidmat untuk Najib di Jabatan Perdana Menteri.

“Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih mengupah Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

“Siapa Paul ini? Beliau ialah bekas Pengarah Apco di Malaysia yang kini antara tugasnya menonjolkan imej baik Najib,” kata Tian kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurut beliau lagi, Najib sebelum ini juga bersetuju supaya Malaysia menyertai pasukan keselamatan yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan, ketika bertemu Presiden Barrack Obama tahun lalu.

“Lagi bukti betapa pentadbiran Najib merupakan balaci Israel ialah dalam pertemuan dengan Obama tahun lalu, beliau menyatakan persetujuannnya agar Malaysia menyertai pasukan keselamatan Amerika di Iraq dan Afghanistan selepas Amerika menyerang negara Islam berkenaan.

“Hakikatnya dunia Islam tahu dalang serangan Amerika ini didalangi Zionis-Israel dan ditentang majoriti negara Islam seluruh dunia,” tegasnya.

Sekatan terhadap Iran

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan tindakan tidak konsisten pentadbiran Najib berhubung sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

“Iran kita tahu adalah negara Islam dan sekatan ekonomi Amerika ini hasil desakan ‘Negara’ Israel dan Najib membisu berhubung sekatannya itu semata-mata mahu menjaga hubungan dengan Amerika-Israel.

“Kalau Najib tidak menyokong Israel, kita cabar beliau desak Amerika tarik balik sekatan ekonomi itu,” katanya.

Pentadbiran Najib sebelum ini membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26176

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...