Saturday, February 4, 2012

Belanja mewah Rosmah, Najib dicabar saman


NGO Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendedahkan perbelanjaan mewah berjumlah RM325,000 (AS 100,000) di Australia baru-baru ini.


Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa dilakukan Rosmah sepertimana dilaporkan menerusi akhbar dan blog di Australia.

Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti dilaporkan.

Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Morning Herald yang ditulis oleh kolumnis Andrew Horney mengenai perbelanjaan Rosmah di butik pereka fesyen, Carl Kapp.

“Jesteru Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar, fitnah dan direka.

“Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait skandal tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini.

Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp.

Ia berikutan pendedahan Wartawan fesyen, Patty Huntington mendedahkan emel beliau dengan Carl Kapp yang membuktikan Rosmah berbelanja sakan di butik pereka eksklusif itu di Sydney.

Pada 26 Januari lalu, Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut.

Satu aduan juga turut dibuat ke atas Shah Rezza, Najib dan Rosmah berkait skandal membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26178

Rosmah 'belanja sakan': NGO bekal bukti tambahan
6:59PM Feb 3, 2012
NGO mesra PKR, Jingga 13 hari ini menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.
Pertukaran e-mel itu dimuat-naikkan pada laman blog Frockwriter oleh wartawan fesyen Australia, Patty Huntington yang mendedahkan butiran tentang apa yang berlaku antara Huntington, pereka Carl Kapp dan ‘publicist’ beliau Holly Beer.

Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.

Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.

"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.

Pada 26 Januari lalu, kumpulan itu membuat laporan kepada SPRM berhubung kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan di akhbar Sydney Morning Herald.

"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.

Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero. Mkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...