Thursday, February 9, 2012

Isu Pasir : Double Dignity Tidak Di Daftar Di Bawah KSSB

SHAH ALAM 9 FEB : Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Selangor.

Dalam kenyataannya berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2008, KSSB tidak pernah menerima permohonan daripada syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktivviti melibatkan industri pasir di Selangor

“Syarikat Double Dignity tidak berdaftatr di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan,” katanya.

KSSB menambah, mereka bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada semua agensi pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Semalam, penulis blog Malaysiatimes, Raja Petra Kamaruddin mendakawa wujudnya penyelewengan dalam industri pengorekkan pasir di Selangor yang didakwa melibatkan beberapa dua ahli PKR.

Sementara itu sebuah portal Umno memaparkan dua Ahli PKR tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi membuat permohonan mengorek pasir di Dengkil.

Bagaimana pun satu laporan kepada SPRM telah dilakukan pada 2010 namun tiada laporan penyelewengan dikeluarkan SPRM.

Kini isu tersebut dihidupkan kembali disaat pilihanraya umum yang kian hampir. Selangorkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...