Sunday, February 12, 2012

Chua Soi Lek ubah tajuk debat .. kah kah kah


Menurut kata Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (LGE) tajuk yang dihantar melalui surat jemputan ialah "Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?" dan bukan nya "Kaum Cina Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang - Quo Vadis?"

Debat Guan Eng – Soi Lek bukan untuk bahas isu kaum Cina

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Debat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dijadualkan diadakan di sini pada 18 Februari depan tidak akan membahaskan isu kaum Cina.

Tajuk debat tersebut sebenarnya adalah “Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?”. Ia dianjurkan oleh kumpulan pemikir MCA Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) dan Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI).

Topik debat “Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?” telah dicadangkan oleh pihak penganjur melalui surat daripada CEO ASLI Datuk Dr Michael Yeoh pada 3 Februari lalu.

Walau pun bahasa Mandarin akan digunakan dalam debat tersebut, isunya adalah berteraskan persaingan antara ideal dan dasar-dasar yang memanfaatkan demokrasi dan semua rakyat Malaysia, dan bukan hanya kaum Cina.

“DAP menawarkan idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani untuk memupuk rasa kekitaan, kesetiakawanan dan rasa pemilikan di kalangan rakyat Malaysia.

“Hanya dengan menghormati hak politik, keadilan sosio-ekonomi dan martabat insan boleh kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia yang tulen tanpa mengira latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban atau Kadazan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu juga, beliau menjelaskan bahawa DAP menolak percubaan MCA untuk mengubah tajuk debat kepada “Kaum Cina Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang – Quo Vadis?”.
Tajuk Asal Debat : 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau tidak bersetuju dengan topik berhubung isu kaum Cina sahaja kerana DAP dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia, sedangkan MCA hanya memperjuangkan satu kaum.

“Pihak penganjur telah bersetuju bahawa saya akan berdebat dengan Chua dalam Bahasa Mandarin di Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur mulai jam 5 petang 18 Februari 2012 yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro AEC.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya sanggup berdebat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pentas yang serupa dengan debat saya pada tahun 1991 dengan Datuk Seri Ong Tee Keat di mana dua sesi telah diadakan, satu dalam Bahasa Mandarin dan satu dalam Bahasa Inggeris,” tambah beliau. – Roketkini.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...