Sunday, January 8, 2012

TV3 Mahu Anwar Jadi PM, Utusan Pula Benci Najib?

Bila pembaca berita Buletin TV3 tersasul sedikit saja menyebut nama Anwar sebelum meralatkan menyebut nama Najib Razak sebagai perdana menteri, ruangan sosial menjadi riuh randah. Kesilapan itu diambil sebagai modal besar untuk membuat berbagai tafsiran negatif terhadap Najib dan positif bagi Anwar.

Ceritanya kecil saja pembaca berita itu tersalah sebut.


Di wall FB saya lebih 100 orang yang membaca entri mengenai itu dan lebih 60 orang memberi komen. Menariknya dalam komen itu semuanya gembira dengan kesilapan kecil itu. Ada mengatakan ia sebagai petanda baik buat Anwar.
Bagi saya pula apa yang boleh diterjemahkan kesilapan itu ada dua kemungkinan. Iya benar-benar silap atau disengajakan. Keadaan boleh terjadi begitu bila pembaca berita itu fikirannya berbelah bagi dan terkenang-kenang di dalam kepalanya. Najib atau Anwar.
Kemungkinan juga ada pada penulisan skrip. Tetapi ini amat mustahil sebab sesuatu skrip yang hendak dibaca akan disemak berkali-kali dan oleh lebih dari satu orang, penyunting dan pengarang. Saya rasa ia tidak mungkin kesalahan itu pada skrip melainkan kerana ketersasulan pembaca berita itu saja.

Kesalahan itu tidak disengajakan. Jadi janganlah diambil tindakan kepada pembaca berita itu. Jangan selepas ini wajah pembaca berita yang manis itu tidak akan muncul lagi kerana kesalahan kecil yang tidak disengajakan itu?

Berlainan pula dengan sekeping gambar di muka surat 2 Mingguan Malaysia hari ini. Gambar itu cukup memberi pentafsiran buruk buat Najib. Saya tidak fikir gambar itu disengajakan. Kerana setiap gambar yang hendak dimasukkan akan dipilih dari berpuluh keping gambar. Sama juga dengan keadaan skrip berita tv itu sebelum dilepaskan kepada pembaca ia dicheck dan ditapis dulu.
Gambar membawa seribu makna. Tenguk gambar ini Najib yg kena tunggu bini bukan bini kena tunggu suami
Gambar dimaksudkan itu ialah Najib sedang berdiri menanti Rosmah di tangga jet untuk berlepas ke Afrika Selatan. Apa yang boleh dibayanhkan dalam gambar itu Najib berdiri lama sementara Rosmah sedang beramah mesra dengan presiden PPP Kyevas dan orang yang menghantar mereka berdua.

Dari gambar ini boleh ditafsirkan berbagai maksud dan pengertian. Bagaimana pun dari sudut media massa dan konteks Najib sebagai seorang PM gambar ini tidak menunjukkan dia seorang berwibawa. Bahawa dia begitu intim atau pun sangat takut kepada isteri sehingga terpaksa menanti untuk melangkah bersama. Dalam gambar ini yang nampak gah dan hebat ialah Rosmah bukan Najib. Seolah-olah pula perdana menteri Rosmah bukan Najib.

Yang menjadi soal kenapa surat khabar penjilat buntut itu memasukan gambar berkenaan? Apakah sudah ada agenda tertentu di sebalik gambar itu. Ada tangan ghaib di dalam syarikat akhbar berkenaan secara senyap cuba menjatuhkan imej Najib. Ini tidak mustahil kerana dunia media juga ikut sama dicerobohi oleh para berkepentingan.

Sebelum ini sudah terdengar desas desus bahagian jabatan pengarang di akhbar penjilat buntut berkenaan akan dirombak secara besar-besar bagi mengemaskinikan organisasi dan memastikan tidak ada lipas dalam baju dalam. [wm.kl.10:13 am 08/01/12] - MSO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...