Tuesday, January 24, 2012

Selamatkan Malaysia Untuk Generasi Akan Datang

Perutusan Tahun Baru Cina 2012 oleh Presiden PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengharapkan Tahun Naga yang disambut oleh masyarakat Cina tahun ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyelamatkan negara ini untuk di kembalikan kepada kesepakatan membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.


Berikut adalah perutusan penuh beliau sempena Tahun Baru Cina 2012. 
Jan 24, 2012 Di kesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.

Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik. Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu-dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak. Isu-isu penyelewangan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merundumnya ekonomi negara. Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada di landasan yang selamat. Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa.

Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan untuk terus konsisten dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara. KEADILAN menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampong atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, professional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Selamat Tahun Baru Cina,
Gong Xi Fa Cai

*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...