Kelantan Ride sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 |
KOTA BHARU, 25.Jan – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan PAS Kelantan tetap yakin dapat mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan dalam PRU 13 nanti.
Menurut beliau walaupun umno di Kelantan beria-ia untuk menawan Kelantan dan yakin dengan kekuatan termasuk wang ringgit yang mereka ada, namun PAS tetap meneruskan perjuangan mempertahankan Kelantan daripada dirampas umno.
“ Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak,maka mereka bercakap demikian, sedangkan masa Nabi Muhammad dulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal, jadi tidak pelik dan hairan lah kalau kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya umno demi mempertahankan Kelantan ini.”ujar beliau
Nik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat pelepasan kepada rombongan Kelantan Ride pagi tadi bertempat di Perkarangan Kompleks Darulnaim.
Beliau juga menegaskan kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu kalau tidak digunakan untuk Islam adalah kosong semata-mata.
“ Firaun kaya, Qarun kaya,Namrud pun kaya kalau nak banding dengan nabi masa itu tapi semua menemui kehancuran, Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT”ujar beliau lagi.
Tuan Guru membuat pelepasan Kelantan Ride di perkarangan SUK pagi ini
Nik Aziz juga mengakui walaupun Kelantan miskin tetapi rakyat negeri ini yakin akan tanggungjawab di hadapan Allah, sehubungan itu rakyat di negeri ini bersungguh-sungguh mempertahankan Kelantan daripada dirampas oleh umno yang sudah jelas tidak mengamalkan dasar perjuangan Islam.
Menyentuh ada desas-desus yang mengatakan beliau akan tetap bertanding dalam PRU13 nanti, beliau berkata itu semua mungkin boleh jadi atau tidak kerana ia bergantung kepada kepimpinan parti.
“ Lama dah perkara ni berlaku dan sampai sekarang, saya tetap pegang Menteri Besar lagi selagi rakyat mahu dan pimpinan parti suruh, bukan soal saya sekarang ni tetapi soal Islam, selain dari memperjuangkan bukan Islam semua sesat.” - http://gegarkelantan.net/v2/