Wednesday, January 18, 2012

Najib 'restui' ancaman ke atas saya

bersih pc on jom 100 170112 ambigaPengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

Memetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu." MKini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...