Friday, January 27, 2012

AG salahguna kuasa aniaya saksi penting NFC – Surendran

KLANG 27 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menuntut penjelasan Peguam Negara tentang salahguna kuasa yang dilakukan untuk menganiaya saksi penting skandal National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Shamsubahrin yang kini diwadkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah didatangi dua majistret dan dua timbalan pendakwa raya untuk didakwa atas dua pertuduhan sivil berbeza.


Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu seorang pemandu teksi sebanyak RM90,000 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Manakala pertuduhan kedua pula, beliau dituduh di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana gagal membekalkan pembantu rumah selepas menerima wang sebanyak RM13,000.

Shamsubahrin tidak mengaku salah bagi dua pertuduhan tersebut dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM9,000 dan RM2,000.

Menurut Surendran, Peguam Negara perlu menjelaskan sebab mereka mendakwa Shamsubahrin dari wad hospital atas pertuduhan sivil.

Ini kerana, katanya, dalam kes sivil, sebarang tindakan undang-undang hanya diambil oleh mereka yang terlibat dan bukannya Jabatan Peguam Negara..

Menurut Surendran, pertuduhan itu jelas merupakan fitnah yang bertujuan menakut-nakutkan Shamsubahrin supaya tidak membuka mulut dalam skandal NFC.

“Kita percaya ini satu penganiayaan terhadap Shamsubahrin kerana beliau tahu apa yang berlaku dalam kes NFC.
“Oleh sebab itu serangan demi serangan dibuat ke atas saudara Shamsubahrin,” kata Surendran.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin dijadikan kambing hitam dalam skandal NFC.

Beliau didakwa atas dua tuduhan menipu Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.

Bagaimanapun, wang berkenaan didakwa diberikan oleh Salleh untuk menyogok pegawai penyiasat SPRM dan Polis yang menyiasat kes tersebut melalui Shamsubahrin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25918

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...