Sunday, December 4, 2011

Rahsia Suami SYELLA terbongkar...

Syella: Suami saya muda dan tegap, nafi kahwin dengan Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Penyanyi Syella Kamarudin menafikan telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata, suaminya “lebih muda dan tegap.”

“Memang foto lelaki yang tersebar di Internet itu suami saya tetapi bukan Musa Hassan.

“Wajah suami saya jauh berbeza daripada dia, suami saya lebih muda dan tegap,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Penyanyi yang pernah dikenali dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu juga berkata, dia tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami.

“Dan, saya tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami biarpun orang cakap, saya tidak mahu ambil tahu. “Cukup saya katakan saya bahagia dengan pernikahan kami dan apa juga akan berlaku selepas ini saya serahkan kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

“Saya tidak perlu takut dengan persepsi orang ramai kerana tidak berbuat salah.

“Saya tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan sesiapa, jadi mengapa masih mahu ambil tahu?” kata Syella.

Syella, 26, juga enggan mengesahkan statusnya sama ada hidup bermadu atau sebaliknya kerana di sisi Tuhan, dia isteri yang sah kepada lelaki berkenaan.

Malah dia juga hairan mengapa orang ramai berterusan mempertikai pernikahannya sedangkan dia dan suami melakukan perkara yang mulia di sisi Islam.

“Saya tidak menganiaya sesiapa, jadi mengapa perlu orang lain dengki? Saya melakukan ibadah, sepatutnya diberi galakan dan dorongan bukan mencungkil satu satu demi satu perkara untuk dijadikan kontroversi,” kata beliau lagi.

Syella menyoal, “apa sebenarnya yang orang lain mahu?” “Tak usahlah terus mengembar-gembur pernikahan saya, ia tidak akan mengubah pendirian saya dan suami,” kata beliau lagi.

“Hentikanlah membuat spekulasi siapa dia kerana ia cuma mengundang dosa. “Saya kasihan apabila orang lain yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa diheret sama dalam hal ini,” katanya lagi.

Laporan media semalam memetik Musa berkata beliau menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Syella baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Musa, 60, berkata segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. - TMI
Artis kahwin RM 15juta dapat Bungalow dan R8 Audi ...SAH BUKAN Musa Hassan ... mai tengok di sini

Hi semua!

Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin tidak memerlukan perbincangan lebih lebar lagi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.

Tetapi yang menarik perhatian Hani ialah petikan kenyataan Tan Sri Musa:

Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama.

Haa, tengok foto kat atas. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe.

Tan Sri Musa adalah seorang pegawai kanan polis yang memiliki sikap ‘no nonsense’ ketika kepimpinannya. Pernah pada ketika menjawat jawatan Ketua Polis negeri, beliau sendiri menyamar memasuki pusat hiburan untuk mendapatkan maklumat sehinggakan berjaya mencekup anggota yang tidak amanah. Itu bukan urban myth tetapi kisah benar yang jika ditanya pegawai yang pernah bertugas dengan beliau, tentu tahu betapa seriusnya Tan Sri Musa.

Berbalik kepada kisah perkahwinan Syella ini, pada pendapat Hani, dalam Islam sendiri menyuruh kita memaklumkan tentang perkahwinan kita agar tidak menjadi fitnah. Tetapi kisah Syella ini harus dijadikan pengajaran. Dah kahwin, terbit pulak fitnah. Silap haribulan, mahu jugak berantakan rumahtangga orang cik kak oii !

Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.

Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.

Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan ‘mari teka siapa’.

Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.

Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.

Hani Marissa. @ Beutifulnara.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...