Teguran Dr Asri Kepada Pakar Motivasi
Saya tak pasti, adakah ramalan di atas benar-benar dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah atau oleh manusia lain yang sememangnya tolol tapi mempergunakan nama pakar motivasi tersebut.
Saya tak pasti, adakah ramalan di atas benar-benar dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah atau oleh manusia lain yang sememangnya tolol tapi mempergunakan nama pakar motivasi tersebut.
Namun yang pasti, ramalan yang kononnya hasil kajian di atas ternyata menyalahi tuntutan agama sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih, iaitu “Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat “.Muttafaqun Alaihi).
Menurut Prof Madya Dr Shukeri Mohamad( pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan, juga Presiden Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Kelantan) “…. untuk kepentingan keturunan/melahirkan keturunan yang baik, Allah SWT mensyariatkan kaedah-kaedah tertentu dalam perkahwinan seperti mengutamakan ciri-ciri keagamaan dalam memilih pasangan….” rujuk kertas kerjanya yang dimuatkan dalam buku berjudul Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara, Terbitan kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS),m/s : 63.
Tapi, hari ini muncul pula, kriteria terbaru dalam memilih pasangan iaitu, pilihlah pasangan berdasarkan tarikh lahirnya. Ini kriteria yang menyalahi sunnah dan memandulkan akal. Bayangkan, betapa resah dan gelisahnya pasangan yang sedang bertunang jika salah seorang daripada mereka dilahirkan pada tarikh tersebut(5 dan 17 Haribulan). Tidak mustahil pertunangan itu akan putus ditengah jalan jika pasangan tersebut taksub kepada tokoh motivasi tersebut.