Thursday, August 25, 2011

PANAS!!! Khalid Samad CABAR Papa Gomo. Kita Tengok Kejantanannya!

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lapor TMI.

Sehubungan itu Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan “perjuangan.”

“... bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

“Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya,” kata Khalid dalam entri terbaru blognya.

Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas “bravadonya juga merupakan satu pembohongan.”

“Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas.

“Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah,” kata Khalid lagi.

Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa “saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan.”

“Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya.

“Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! 

Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan,” katanya lagi.

Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo.

“Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

Sebelum ini Pope Gomo dengan bongkaknya menulis:
"Gomo tidak gentar mahupun takut dengan laporan polis yang dibuat oleh mereka ini kerana menjadi tugas Gomo sebagai seorang Umat Islam untuk mendedahkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia tahu kebenaran yang sewajarnya disampaikan," kata penulis itu yang dikenali sebagai Papa Gomo.

P/s: Sekarang kita lihat Pope Gomo ini anak jantan, betina, atau bapok, auww! Kalau dia gagal menyahut cabaran YB Khalid, maka anda boleh gelarkan pencacai UMCO ini betina atau bapok!

Pope ingat kata-kata YB Khalid ini: saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah." - DCM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...