Showing posts with label Fitnah Liwat II. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Liwat II. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Tak Puas Hati Keputusan Hakim, Peguam Anwar Keluar Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 30 JAN : Peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka bagi mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Thursday, January 26, 2012

Penghakiman Bertulis Pembebasan Anwar Belum Siap

Penghakiman Bertulis Pembebasan Anwar Belum SiapKUALA LUMPUR- Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Wednesday, January 25, 2012

Rayuan Fitnah II: Peguam tunggu alasan penghakiman

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi, ekoran rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.

Saturday, January 21, 2012

AG guna hukum rimba untuk penjarakan semula Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan: Peguam negara mengguna hukum rimba apabila memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan kononnya rayuan tersebut difailkan berdasarkan kepada bukti keterangan dan undang-undang.

Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air.

Friday, January 20, 2012

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Tiada sebab pendakwa perlu halang kes qazaf Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 19 Jan: Peguam Syariah yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan hujah balas terhadap bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, berhubung permohonan qazaf ketua pembangkang itu, pada 30 Januari ini.

Saiful hantar surat rasmi minta AG rayu kes liwat

Mohd Saiful Bukhari Azlan menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu.

Mohd Saiful Bukhari menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Thursday, January 19, 2012

Qazaf: Peguam Anwar kemuka hujah 30 Jan

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Rayuan kes isu qazaf akan dihujah oleh barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Syariah pada 30 Januari ini, jam 9 pagi.

Monday, January 9, 2012

Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah (Bergambar & Video)


Hakim : Mahkamah Tidak Boleh Bergantung Kepada Keterangan Saiful


KUALA LUMPUR, 9 JAN :Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Wednesday, January 4, 2012

Kenapa keputusan perbicaraan Anwar penting untuk setiap Rakyat Malaysia?

N Surendran | Jan 03, 
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kuku besi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Saturday, November 12, 2011

"Politik Dubur" Ditimbulkan Untuk Alih Isu Lembu Feedlot

Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu
PETALING JAYA, 11 Nov: PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.

Friday, August 26, 2011

Liwat 2: Kenapa Anwar memilih Memberi keterangan dgn tidak bersumpah

Anwar Ibrahim Sedang "Perangkap" Najib Altantuya

Tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan diri dari dalam kawasan
tertuduh sebenarnya memerangkap Najib Altantuya supaya teruskan
"permainan" yang diatur oleh juak-juaknya sendiri.

Kes Liwat II: Blog Pro-UMCO Palsukan Sijil ASCLD

[Islam Inside] Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.

Thursday, August 25, 2011

Kes Liwat : Memalukan, 7 tahun bagi Tempoh, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil Kelayakan

Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia Tiada Kelayakan Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Wednesday, August 24, 2011

Terkini!! SaiFOOL adalah "Manusia AJAIB"

Ajaib! Saiful mengadu tak berak sejak seminggu!

LELAKI jambu yang menuduh Dato Sri Anwar Ibrahim meliwatnya, Saiful Bukhari Azlan terus menjadi bahan lawak jenaka politik Malaysia dalam perbicaraan yang berlangsung di mahkamah.

Saiful Bukhari Azlan yang tampil dengan imej tanda alim di dahinya (tanda hitam di dahi kesan sujud) sebelum ini mengadu tidak berak selama 2 hari demi menyelamatkan bukti air mani di dalam duburnya.

Panas!!! DNA sperma dubur Saiful tak layak jadi bukti.. nak tau kenapa???

PAKAR forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Tuesday, August 23, 2011

Loh !!! Dubur SaiFOOL disumbat Plastik kah kah kah

3D monkey character
Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi DrMohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...