Tuesday, February 21, 2012

Berani ke Noh Omar berhadapan dengan Selcat???


Noh Omar dicabar tuntut mahkamah rakyat bongkar penyelewengan NFC

Feb 21, 2012 Kesediaan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) untuk mengadakan sesi pendengaran awam terhadap pengendalian pasir di Selangor; Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) membuktikan Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh membanteras segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa.

Usaha ini sejajar dengan aspirasi pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mahukan pentadbiran kerajaan ini bersih daripada sebarang penyelewengan dan ketirisan dana awam bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam yang sebelum ini teruk tercemar disebabkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO-BN yang tamak dan mengamalkan kronisme.

Kita akui reformasi pentadbiran berdepan laluan sukar dan memerlukan kesabaran untuk melakukan perubahan selepas 52 tahun di bawah pentadbiran UMNO-BN yang telah sebati selesa dengan budaya korupsi dan kronisme.

Pendengaran SELCAT akan mampu menghapuskan reputasi buruk yang cuba dibayangkan sesetengah pihak terhadap anak-anak syarikat kerajaan negeri tersebut. Pada masa yang sama, jika benar terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa, tindakan sewajarnya akan tetap diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Dasar kerajaan negeri adalah jelas - tidak akan berkompromi dalam isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selaku Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dijemput untuk menghadirkan diri sepanjang sesi pendengaran awam ini berlangsung supaya beliau dapat memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwa penyelewengan dalam KSSB khususnya.

Kehadiran Noh Omar pada hari sesi pendengaran ini berlangsung amat penting, selain dapat menunjukkan keikhlasan beliau dalam membenteras rasuah, beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran Kerajaan Pusat BN.

Meskipun ramai yang sangsi akan kesediaan Noh Omar untuk hadir pada sesi tersebut kerana berpendapat bahawa Noh Omar berkobar-kobar dalam isu KSSB semata-mata mahu menutup skandal NFC yang telah mempalit lumpur kepada UMNO dan seluruh kabinet BN, namun saya masih mahu memberi faedah dari keraguan (benefit of the doubt) kepada beliau.

Justeru itu, kita mencabar, jika benar ketelusan yang mahu diperjuangkan oleh Noh, maka Kerajaan Pusat atau Noh Omar selaku Menteri Pertanian turut mengadakan sesi pendengaran awam atau mahkamah rakyat bagi membongkar penyelewengan dana NFC yang disalah guna oleh keluarga rakan baiknya, Shahrizat Jalil.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kanan) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. - Merdeka Review

http://wartablogger.blogspot.com/2012/02/berani-ke-noh-omar-berhadapan-dengan.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...