Mohd Saiful Bukhari Azlan menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu.
Mohd Saiful Bukhari menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.